Jom Siksa Iblis!

Jom Siksa Iblis!

Loading...
Suatu ketika Rasulullah SAW bertemu dengan iblis. Kemudian Baginda mengajukan beberapa pertanyaan tentang perkara-perkara apa saja yang dapat membuat makhluk yang dilaknat itu tersiksa. Berikut di bawah amalan-amalan yang dapat membuat iblis tersiksa tersebut :

1. Iblis Panas Dingin dan Gementar Semasa Seorang Hamba Melakukan Solat


Nabi Muhammad SAW bertanya, “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?”
Iblis menjawab, “ Panas Dingin dan Gementar”. Kemudian Baginda Rasulullah menanyakan mengapa.
Iblis pun menjawab, “kerana setiap seorang hamba Bersujud Sekali kepada Allah, maka Allah Mengangkatnya Satu Darjat.”

2. Tubuh Iblis Terikat Tubuhnya Saat Seorang Hamba Melakukan Puasa

Baginda Rasulullah bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis pun menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”

3. Iblis Seperti Orang Gila Saat Seorang Hamba Menunaikan Ibadah Haji

Kemudian Rasulullah bertanya lagi, “Jika seorang umatku menunaikan haji?”
Iblis menjawab, “Aku seperti orang gila.”

4. Iblis Merasa Meleleh Saat Seorang Hamba Membaca Al-Qur’an

Rasulullah bertanya lagi, “Bagaimana jika ia membaca Al-Qur’an?”

Iblis pun menjawab, “Aku merasa meleleh bagai timah di atas api.”

5. Tubuh Iblis Terbelah Saat Seorang Hamba Bersedekah

Rasulullah bertanya kepada iblis, “Jika ia bersedekah?”

Iblis jawab, “Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”. Lalu kemudian Rasulullah bertanya mengapa.

Iblis jawab, “kerana di dalam sedekah terdapat 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkatan dalam hartanya, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka, segala macam musibah akan terhalau dari dirinya, dan hidupnya disukai”

6. Pinggang Iblis Patah Semasa Seorang Hamba Berperang di Jalan Allah

Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah”

7. Hati Iblis Terbakar Ketika Seorang Hamba Beristighfar

Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat membakar hatimu?”
Iblis menjawab, “Istighfar di waktu siang dan malam.”

8. Wajah Iblis Tercoreng Saat Seorang Hamba Bersedekah Diam-Diam

Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
Iblis menjawab, “Sedekah yang diam – diam.”

9. Mata Iblis Tertusuk Saat Hamba Melakukan Solat Fajar

Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat menusuk matamu?”
Iblis menjawab, “Solat fajar.”

10. Kepala Iblis Terpukul Semasa Kaum Muslim Solat Berjemaah

Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat memukul kepalamu?”
Iblis menjawab, “Solat berjemaah.”

11. Iblis Terganggu dengan Adanya Ulama

Rasulullah bertanya, “Apa yang paling mengganggumu?”
Iblis menjawab, “Majlis para ulama.”

Demikian lah amalan-amalan yang dapat menyiksa iblis. Apalagi, Jom belasah dia! Iblis akan katakan tak payah share! Tapi kalau mahu lawannya, tak susah kan?

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Good entry. Keep on blogging :)

    Nak minta tolong kawan2 bogger untuk “Like” page “Faz&Fyda Collection” sebagai support kpd biz yg baru saya mulakan ni dan dapatkan voucher RM30 bagi mereka yang introduce 10 orang kawan dan “Like” page “Faz&Fyda Collection”. Voucher terhad untuk 10 orang terawal sahaja.

    Untuk claim voucher, anda perlu meletakkan nama anda dan juga nama kawan-kawan anda di ruangan “komen” post “tudung hanger”, dan boleh terus menggunakan voucher selepas mendapat pengesahan daripada pihak Admin.

    http://www.facebook.com/pages/FazFyda-Collection-Abaya-Baju-Kurung-Tudung-etc/235994003193434

    BalasPadam

jerit kat sini