Habisla Chua Soi Lek Lepas Ni....

Habisla Chua Soi Lek Lepas Ni....

Loading...
Chua Soi Lek idola penulis blog seks

Penulis blog seks kontroversi Alvin Tan, pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang bakal dikenakan tindakan oleh universiti tersebut menulis bahawa Chua adalah idolanya, secara seksual.

“Saya memandang tinggi kepada Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bagaimana semua ini terjadi,” kata Tan dalam laman Facebooknya.


                                         (Alvin dan aksinya yang menjadikan Chua Soi Lek idolanya)

Skandal seks Chua hampir membunuh karier politiknya, tetapi pemimpin yang berumur lebih 60 tahun lebih itu kembali menjadi presiden MCA pada 2010 apabila berjaya memenangi hati perwakilan partinya.

Hujung minggu lalu, Chua mempertahankan kenyataan seorang pemimpin wanita MCA bahawa Nik Aziz telah menggalakkan rogol terhadap wanita bukan Islam.

"Kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah.

"Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video tersebut jika kamu berminat [ceramah Nik Aziz]," kata Chua.

“Saya boleh mendapatkan pita tersebut serta-merta jika anda berminat untuk menontonnya,” kata Chua, tidak merujuk kepada video seksnya tetapi ucapan Nik Aziz.

Tan dipercayai sedang memberikan respon kepada Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong yang berkata parti MCA tidak boleh menerima tindakan beliau dan teman wanitanya Vivian Lee, 23 yang terlibat dalam aktiviti seksual dan memuat naiknya ke dalam blog mereka.

Hhhhmmm....2x5,5x2....apa nak dikata...
moral semakin teruk...

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Saya juga setuju moral manusia sekarang semakin kembali ke zaman jahiliyah. Setakat ringan2 tak payah susah2 cari kat YT..tu tepi2 jalan kita boleh tonton..pelakunya? Budak sekolah yg masih memakai uniform.

    BalasPadam
  2. ni la yang terjadi bila orang bukan islam masuk campur dalam hal orang islam.
    politik sekarang ni dah bahaya..
    dengan orang dalam pon dah bergaduh..
    kemungkinan akan bergaduh antara negara pula.. hm....

    BalasPadam

jerit kat sini