Loading...
Isteri juga diharap jadi penyelamat
Isu ini pastinya remeh bagi orang lain. Namun bagi saya, ia signifikan dengan kehidupan berumah tangga. Kadang kala isu yang remeh boleh jadi peringatan untuk kita bahawa dalam hidup, seseorang suami masih perlu bergantung kepada isterinya.
Sejak dahulu kita sering dimomokkan bahawa wanita adalah kaum yang lemah, lebih memerlukan lelaki berbanding sebaliknya. Namun adakah ini bererti mereka sentiasa berada di bawah lelaki? Jika dinisbahkan, apakah lelaki segala-galanya lebih baik berbanding wanita?
Saya bukan mahu belot ataupun melancarkan peperangan jantina. Akan tetapi saya sendiri pernah berasa betapa sukarnya hidup tanpa isteri ketika isteri ke Tanah Suci tahun lalu.
Masih ingat, saya pernah ditegur oleh seorang pelajar sekolah anak saya, "pakcik nak masuk sekolah balik ke?" ketika mengisi borang buku teks yang mahu diambil bagi pihak anak. Ini kerana saya menulis nama saya sendiri sebagai pelajar yang menerima buku teks itu.
Anak-anak tidak dapat hadir sendiri ke sekolah untuk mengambil buku teks kerana mereka telah saya poskan untuk bercuti lebih awal di kampung. Saya tidak berani tinggalkan mereka bersendirian di rumah ketika keluar bekerja malam.
Oleh kerana hidup seorang diri dan terasa dibebankan dengan berbagai-bagai urusan, kerja semudah mengisi borang pun saya buat salah.
Apabila berlaku hal yang semacam itu, saya bandingkan diri dengan isteri. Isteri bekerja tetapi dalam sibuk menguruskan kerja, kerja rumah dibuat juga. Memasak, mengemas, mencuci beres setiap hari.
Tanyalah, apa jadual yang mereka tidak ingat? Semasa mengandung dan beranak kecil, jadual klinik sudah pasti. Apabila anak masuk sekolah, mesyuarat PIBG, isteri juga yang pergi. Paling tidak, mereka ingatkan kita suruh pergi. Kita pula, hanya setelah tidak tahan dileter, baru mengaku nak pergi.
Itu pun belum tentu lagi. Kata nak ke mesyuarat PIBG, ada yang menyimpang ke kedai kopi.
Bagi suami - termasuk saya - bukan kita sengaja tidak mahu ingat akan hal-hal yang seumpama itu. Tetapi berbanding dengan hal mikro seperti mesyuarat PIBG, cuci kasut sekolah anak dan lain-lain perkara 'remeh' yang kita lebih suka serahkan kepada isteri, portfolio kita sendiri sebaliknya lebih kepada isu-isu makro.
Banyak perkara besar yang kita fikir seperti apa akan jadi pada masa depan Mindanao setelah perjanjian damai MILF dengan kerajaan Filipina ditandatangani? Apa pula kesudahan provokasi antara Syria dengan Turki? Paling tidak, kita akan fikir dan bincang dengan kawan-kawan mengenai laporan Ketua Audit Negara yang baru diedarkan. Tidak adakah lagi pendedahan isu yang lebih besar daripada isu lembu?
Itulah bidang kita sebenarnya. Jadi isu-isu domestik, isterilah yang kena ingat dan selesaikan.
Kerana isu domestik juga, saya tidak pernah kisah berapa wang yang ada dalam poket ketika keluar berbelanja. Pembaca setia kolum ini mungkin masih ingat saya pernah bercerita mengenai satu kejadian yang amat memalukan ketika keluar beli kasut di sebuah mall di Shah Alam.
Setelah sarungkan kasut baru manakala kasut lama saya buang dalam tong sampah, baru saya tersedar tidak punya wang yang cukup untuk bayar harga kasut itu.
Saya tawarkan untuk bayar dengan kad kredit tetapi malangnya, tidak diterima. Mahu tidak mahu, saya terpaksa ambil semula kasut dalam tong sampah, pakai semula dan kasut baru saya letak balik dalam kotak dan pulangkan ke rak. Selepas itu, dengan muka tebal, saya keluar dari kedai, turun ke tingkat bawah mall itu untuk keluarkan wang dari ATM.
Sangkanya, itu adalah kejadian terakhir yang saya alami sepanjang hidup. Rupa-rupanya tidak.
Hujung minggu lalu, dengan niat mahu menggembirakan hati anak-anak yang sudah dua minggu ditinggalkan ibu mereka (yang bertugas di Tanah Suci lagi tahun ini), saya bawa mereka ke sebuah restoran makanan segera.
Sampai di situ, saya terus ke kaunter tempahan. Tiba masa untuk membayar, baru saya sedar bahawa wang dalam dompet saya tidak cukup. Alamak! Lalu dengan muka setebal tembok, saya minta izin untuk ke stesen minyak bersebelahan, keluarkan wang dari ATM.
Mujurlah tidak ramai orang dan mesin pula tidak meragam. Namun apabila saya kembali semula ke kaunter, kedengaran rungutan pelanggan lain yang beratur panjang di belakang kerana terpaksa menunggu lama. Ini kerana tempahan seterusnya tidak boleh diproses selagi saya tidak selesaikan bayaran.
Inilah bahananya jika selama ini, sikap tidak kisah saya mengenai berapa wang yang ada dalam poket adalah kerana saya selalu fikir, 'kalau tak cukup pun tak mengapa, selalunya isteri yang akan top up.'
Itulah. Isteri juga yang diharap untuk jadi penyelamat.
Nukilan:MUHAMAD MAT YAKIM
Buat Isteri-isteri...khasnya isteri warga Terengganu..hihi..macam saya...
Hebatnya Perempuan - Versi Terengganu
ooo orang puang ...
mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...
mung mitok maah ...
mung dok rehak ...
mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...
mung letih ...
mung dok rehak ...
tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...
mung taboh ...
mung dok rehak g ...
mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...
sapa petang ...
mung dok rehak ...
suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...
mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...
garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...
mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...
dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...
*hebak mung orang ppuang* :)
>>>>shared by ummi hafizuddin

10 Ulasan
hebak org puang lenim...
BalasPadamI am ur superwoman...
BalasPadam@Fendy
BalasPadamhahha..memang hebak-hebak belaka
@Norhaizan hakim
BalasPadamhihi..I like..I like
Hebat,hebat para isteri ni semua..emmm...
BalasPadam@Abil Fikri Ahmad
BalasPadamHhhmm..Abil...jgn sedih..isteri Abil pun hebat juga...terharu bila baca dulu Gee selalu urut2,suapkan Abil makan..mmg dia seorng isteri yg hebat...jagailah ia sebaik mungkin
yeahhhhh....sokong sesangat.. :DD
BalasPadamhttp://www.sinarharian.com.my/karya/bila-wanita-tak-suka-pegang-senduk-1.184133

BalasPadamyes.kesana
Padamjerit kat sini