Anwar Owh Anwar...... dulu guna MAS, kini naik jet

Anwar Owh Anwar...... dulu guna MAS, kini naik jet

Loading...

Tatkala sedang memandu pada suatu petang, berkumandang dari sebuah stesen radio suara Tan Sri SM Salim mendendangkan lagu Dulu lain sekarang lain.

Walaupun lagu itu secara asasnya, ‘dulu bujang, sekarang dah kahwin…’ namun ia membawa kesan dan impak lebih besar dari status perkahwinan seseorang.
Dassault Falcon 7X


Inilah jet mewah yang dinaiki Anwar

Lihat sahaja diri penyanyinya, dulu juruhebah radio, sekarang dah bergelar Tan Sri. Dulu, sewaktu menjadi juruhebah Radio Malaya, SM Salim sudah menjadi penyanyi. Hari ini beliau masih juga seorang penyanyi, dan dalam sejarah Malaysia kini sudah ada ‘dulu Timbalan Perdana Menteri, kini Ketua Pembangkang’. ‘Dulu lain sekarang lain…”

Dulu masa saya mula berjinak dengan dunia penerbitan akhbar tabloid, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang lebih popular dengan sebutan Tok Guru baru menjadi Menteri Besar (MB) Kelantan.

Kalau masa belum jadi MB beliau memakai imej Tok Guru, lepas jadi MB pun masih juga guna imej sama, kekal hingga ke hari ini. Ini berbeza dengan rakan seperjuangan beliau hari ini - Anwar Ibrahim yang menganggotai Kabinet lama sebelum Nik Aziz jadi MB. Dulu masa belum jadi menteri, penampilan Anwar cukup sederhana.

Tahun-tahun awal jadi menteri, walaupun masih lagi duduk di tempat duduk hadapan kereta rasmi dan tak suka dipanggil ‘Datuk’ bila dah mendapat gelaran tersebut; cukuplah, menurut arahan beliau, dipanggil ‘Encik Anwar Ibrahim’ sahaja, tetapi sudah terlihat proses perubahan yang berlaku ke atas beliau. Daripada seorang yang makan nasi bungkus bersama rakan-rakan di Yayasan

Anda, Anwar sudah mula pandai menikmati Chinese food, makan pakai chop stick dan mula menyedari tentang pakaian designers’ brands.

Sebelum dan selepas jadi MB, Nik Aziz tetap tinggal di rumah papan milik beliau di Pulau Melaka, Kota Bharu. Anwar pula berpindah ke Bukit Damansara (kini di Segambut) dan hidup bersama warga Kuala Lumpur yang bertaraf the rich and the famous. Tidaklah dapat dipastikan berapa harga banglo Anwar, tetapi hari ini nilai rumah di situ jutaan ringgit.

Kesederhanaan Nik Aziz bukan saja mengenai rumahnya, tetapi tutur kata dan cara beliau berpakaian. Tok Guru boleh saja dihubungi (oleh wartawan ketika itu) pada bila-bila masa, dengan kata lain, beliau mengetepikan protokol harian dengan meletakkan kerja sebagai ibadat.

Waktu itu juga Anwar yang kini menjadi Ketua Pembangkang memegang jawatan penting dalam kerajaan yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamed. Perbandingan mudah ialah Anwar memulakan hidup sebagai pemimpin pertubuhan belia (Abim) macam juga yang dibuat Nik Aziz sehingga berjaya menambat hati banyak pihak. Pakaiannya serba sederhana dan macam juga Tok Guru, PR Anwar adalah sangat berkesan.

Karakter Anwar dan juga penampilannya melalui proses perubahan sebaik beliau dilantik menjadi Menteri Kewangan. Anwar mula dilihat keluar dari skop kesederhanaan. Bajunya sering dipuji kerana berjenama. Dulu masa Anwar duduk di bahagian depan kereta, budak-budak Pas kata, tunggulah, masa akan buktikan dia akan berubah. Tak lama lepas tu, Anwar sudah berani duduk di belakang, biarkan pengawal peribadinya memenuhi ruang depan.

Sebab itu apabila sebuah blog kemudian dikutip oleh media arus perdana dan elektronik siar cerita Anwar bawa beberapa pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet yang disewa khas ke Sabah pada 15 September lalu, ia bukan suatu yang menggemparkan.

Apa yang menghairankan ialah gambar Anwar memakai cermin mata hitam ala hero filem India, MGR dirakam dan kemudian disiarkan oleh orangnya juga. Persoalannya bukankah dengan menyiarkan gambar dan cerita mereka menaiki jet ke Sabah boleh menimbulkan kemarahan rakyat?

Salah satu kempen yang mempopularkan Anwar sehingga berada ke tahap sekarang ialah ia dilihat sangat sederhana. Isu bermewah-mewah dan sering utamakan projek mewah amalan kerajaan BN adalah salah satu bahan ceramahnya. Bukankah Anwar yang mendedahkan kehidupan serba mewah anak-anak mantan Perdana Menteri bagi menunjukkan kepada umum kekayaan itu berpunca daripada sokongan bapa mereka?

Hari ini apa yang dulunya haram dihalalkan kerana dia kini sebahagian daripada orang yang hidup dalam kemewahan. Anwar, dulu lain sekarang lain.

Tolong jangan cemburukan Anwar dan juak-juaknya hanya kerana mereka naik jet eksekutif, bak kata seorang blogger pembangkang….ini hanyalah satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar! (walaupun yang menyiarkan gambar itu adalah Tian Chua sendiri)

-20/9/2012 -Sinar
Dailymail
p/s  jangan pula ada yang sentap lepas baca entry ni


Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini