RM1...Moralnya Begini(bila hati saya terguris)

RM1...Moralnya Begini(bila hati saya terguris)

Loading...
Al kisah : (like dan share kisah ini supaya menjadi renungan bersama)


Wang RM 100 & RM1.00 sama2 terbuat dr kertas, sama2 dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar dimasyarakat.



4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tdk sengaja didlm dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. 


Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Knp badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" 

RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis"

 Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & juga hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lagi, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" 


Dijawabnya, "tidak pernah" 

RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya digunakan utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!

Ini kisah disebalik cerita diatas...

Dengki, benci, tak puas hati, sakit hati dan akhirnya terasa hati sentiasa ada di mana-mana. Lumrah alam pekerjaan tidak kira lelaki mahupun wanita. Emosi sentiasa ada dalam setiap perkara dan urusan. Jarang sekali mungkin paling tepat saya katakan di sini tidak pernah lagi saya jumpa atau bekerja dengan majikan@bos yang bertindak tidak beremosi. Sedikit emosi pasti ada terselit di situ. Ramai yang berpendapat bos wanita lagi beremosi daripada lelaki. Huh! Salah! Semuanya sama sahaja.

Ibarat sebuah kereta (organisasi) yang dipandu oleh seorang driver (ketua@bos@majikan)yang memegang stereng yakni mengawal tayar-tayar (pekerja bawahan). Jika dibawa dengan baik maka baiklah sesebuah kereta (organisasi) tersebut. Jika tidak kereta (organisasi) mungkin akan tergelincir dari jalan yang betul dan terbabas masuk ke dalam gaung kemudian rosak dengan teruk. Jadi salah siapa? Tentulah si pemandu yang bersalah. Tidak pandai mengawal stereng yang memegang tayar2 kenderaan tersebut.

Nak berkira atau tidak terlalu berkira? Nak kedekut atau bermurah hati? Nak untung atau nak rugi? Tapi salahkah kalau kita memahami pekerja bawahan kita dengan baik. Mengenali hati budi mereka dengan baik. Mungkin ada sesetengahnya yang malas dan kurang ajar. Tapi cuba fikir bolehkah api itu menyala dengan sendirinya? Kenapa, mengapa dan bagaimana dia boleh menjadi kurang ajar kepada seorang ketua? Cuba fikir..

Maaf sekiranya selepas hari ini saya akan jadi seorang pekerja yang sedikit berkira dari hari2 sebelumnya....

Terimakasih banyak-banyak kerana berjaya menjadikan saya seorang yang berkira selepas ini...

Sekian...hari ini hati saya banyak terguris.
Semoga Allah ampunkan saya hari ni...

Catat Ulasan

4 Ulasan

jerit kat sini