Putera Harry Bakal Dibunuh Taliban

Putera Harry Bakal Dibunuh Taliban

Loading...
Taliban sasar bunuh Putera Harry

Putera Harry (kiri) diberi taklimat di Camp Bastion, Afghanistan. - Foto ihsan oleh AP

KANDAHAR - Taliban hari ini memberi amaran mahu membunuh Putera Harry yang kini berada di Afghanistan di bawa misi selama empat bulan.


Putera itu pernah berada di Afghanistan sebelum ini tetapi telah dibawa pulang atas faktor keselamatan.

Dia dihantar semula ke negara itu hujung minggu lalu untuk mengendalikan operasi Apache.

Jurucakap Taliban berkata, mereka mempunyai "rancangan yang terbaik" untuk menyerang pewaris tahkta Britain ketiga itu, yang kini ditempatkan di wilayah selatan Afghanistan, Helmand iaitu salah satu medan peperangan yang sukar dalam tempoh 10 tahun peperangan.

Ia juga kubu kuat Taliban.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk membunuh Putera Harry dan tentera Britain yang lain yang berpengkalan di Helmand," ujar jurucakap terbabit, yang hanya mahu dikenali sebagai Zabihullah Mujahid, yang dipetik oleh AFP.

"Menculiknya bukan perkara penting untuk kami. Namun sasaran kami adalah beliau dan kami akan bunuh beliau," tambah beliau.

Juruterbang helikoter Apache yang berusia 27 tahun ini, yang menjadi tajuk utama akhbar bulan lalu selepas gambar bogelnya tersebar ketika berpesta di Las Vegas, akan menghabiskan empat bulan di Camp Bastion di Helmand.

"Sesiapa yang berlawan di negara kami, mereka adalah musuh kami dan kami akan lakukan segalanya untuk membunuh mereka," ujar Zabihullah.

Britain berkata, skuadron Harry akan menyediakan pengawasan, pencegahan dan jika memerlukan, kebolehan untuk serangan kombat serta pengiring untuk pesawat.

Pada 2008, putera itu telah ditarik balik dari Afghanistan apabila penempatannya didedahkan oleh media.

Kali ini, pihak tentera mengedarkan gambar dan video tentang Putera Harry di Afghanistan sejak tiba minggu lalu.

Kementerian Pertahanan berkata apa juga risiko "telah dikaji dan akan dikaji."

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini