Pelajar di China Terpaksa Bawa Meja Sendiri ke Sekolah

Pelajar di China Terpaksa Bawa Meja Sendiri ke Sekolah

Loading...
Pelajar di China Terpaksa Bawa Meja Sendiri ke Sekolah

Sepertinya sudah menjadi hukum alam jika ada kemakmuran maka di situ juga terdapat kemiskinan. Terlepas dari masih tingginya tingkat kemiskinan di dalam negara, pengalaman yang lebih miris ternyata dialami oleh sebahagian penduduk di negara China.

Di sebalik kejayaan negara Tirai Buluh ini menyaingi  negara barat dalam bidang ekonomi dan perdagangan, namun potret suram kemiskinan masih sangat kental terlihat. Minimnya kesejahteraan penduduk di beberapa kawasan selaras dengan buruknya pendidikan yang ada.

Potret itu boleh dilihat dari Wang Ziqi, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Shunhe, Provinsi Hubei. Di saat memasuki tahun  baru di sekolah, Wang tidak hanya dituntut untuk menyiapkan pelbagai keperluan sekolah berupa pensil atau buku. Lebih dari itu, Wang juga terpaksa membawa meja dan kerusi sendiri ke sekolah.

Pemandangan  ini terjadi setiap tahun  baru. Untuk membawa meja dan bangku, Wang biasanya dibantu oleh kakak dan neneknya.

Walau demikian, Wang bukanlah satu-satunya pelajar yang terpaksa membawa meja dan kerusi dari rumah. Sekurang-kurangnya ada lebih dari 3 ribu pelajar lain di sekolah rendah dan sekolah menengah di Shunhe yang dipaksa membawa mejanya sendiri. Keadaan itu berlaku kerana keterbatasan kemudahan yang diberikan kerajaan. Mereka hanya menyediakan sekitar 2 ribu pasang kerusi dan meja. Padahal ada lebih dari 2 ribu pelajar yang bersekolah.





Di bandar miskin tersebut, orang tua murid terpaksa menggunakan apa sahaja yang mereka boleh gunakan, termasuk membawa meja kopi ke sekolah agar anak-anak mereka dapat belajar.

Saat diminta komen, banyak orang tua yang mengeluh. Mereka menyalahkan sistem pemerintahan yang dianggap sangat korup.

"Kerajaan pusat memberikan dana untuk kemudahan sekolah," kata seorang wakil murid kepada stesen berita NBC. "Tapi apabila sampai ke tempat kami, wang itu hilang."

Meski kerajaan tempatan di sana sudah bertindak balas dengan memberikan tambahan meja dan komited akan memberikan bantuan lebih dari US $ 600.000 untuk menutup defisit anggaran, namun banyak dari penduduk yang tetap tidak percaya dengan janji-janji tersebut.

"Saya lebih suka percaya ada hantu di dunia ini daripada mempercayai janji-janji kerajaan," tulis salah satu komentar pada berita Changjiang Times


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. sebab itulah kita kena bersyukur atas kelebihan yg kita nikmati...

    BalasPadam
  2. kesian jugak. bersyukurlah sekolah dkt malaysia nih walaupun tak sekaya jepun tp masih mampu ada meja yg cukup utk setiap kelas -_-

    BalasPadam
  3. dkt Malaysia meja kerusi dah ada pun malas nak gi skolah

    BalasPadam
  4. kesian budak-budak tu.. bersyukur kita diberikan pendidikan yang cukup..

    BalasPadam

jerit kat sini