Loading...
IZINKAN saya bercakap mengenai ‘Abang Bangla’. Sesetengah pihak tidak suka digunakan istilah tersebut kerana dianggap menghina. Saya tidak fikir begitu. Panggilan ‘abang’ adalah tanda hormat, malah dalam saat-saat tertentu istilah itu kedengaran amat manja, mesra lagi menaikkan perasaan.
Tidaklah saya arif mengenai jumlah sebenar warga Bangladesh yang berada di negara kita sekarang. Kalau berpandu kepada satu jawapan bertulis kerajaan pada sesi Dewan Negara, Julai 2011, ada 319,475 pendatang dari negara tersebut yang didaftarkan. Itu yang masuk secara sah. Kalau campur yang tidak sah @ haram, bilangan saudara kita dari negara tersebut mungkin jauh lebih besar.
Bercakap berdasarkan pengalaman, apa yang saya lalui dalam kehidupan harian dengan jelas membuktikan ramai orang Bangladesh di sini. Sebaik sahaja keluar rumah waktu pagi saya pasti bersua dengan orang itu. Dia memberi salam atau mengucapkan selamat pagi, sambil menundukkan kepala, kadang-kadang tabik.
Dia adalah pengawal keselamatan @ jaga di kawasan perumahan tempat saya tinggal. Sejak mula dilaksanakan sistem pintu berpengawal (gated & guarded) kira-kira dua tahun lalu, empat lima warga Bangladesh menjadi pengawal kami. Saya harap mereka bukan pendatang asing tanpa izin (Pati).
Singgah di sebuah restoran sebelum tiba ke pejabat, saya disambut dua tiga orang Bangladesh yang bekerja di situ. Ada kira-kira 10 pelayan di situ, sebahagian besarnya warga negara berkenaan.
Salah seorang daripada mereka sudah bertugas di situ sejak lebih lima tahun, mula-mula sebagai pencuci pinggan, sekarang sudah menjadi tukang tebar roti canai, kadang-kadang bertindak sebagai juruwang di kaunter pembayaran.
Waktu mula-mula datang dulu, dia hanya tahu dua tiga perkataan Melayu seperti roti kosong, telur setengah masak, kopi-O, teh tarik, dan beberapa lagi. Dia tercenggang apabila saya meminta air panas suam kuku. Ternganga juga dia apabila saya meminta telur mata kerbau. Kini bahasa Melayunya jauh lebih baik berbanding sesetengah orang kita!
Sebenarnya banyak tempat makan di KL, Petaling Jaya dan Shah Alam menggunakan khidmat warga Bangladesh, terutama bistro dan restoran mamak. (Ada orang tidak suka istilah ‘mamak’, padahal perkataan itu membawa maksud ‘pakcik’. Saya tidak rasa bersalah menggunakan istilah itu).
Ketika singgah untuk mengisi minyak, pembantu dan petugas di situ semua warga Bangladesh. Hanya juruwang orang Melayu; siapa tahu tidak lama lagi tugas itu pun diberikan kepada orang Bangladesh.
Satu ketika dulu sebahagian pekerja bahagian kilang tempat saya bertugas terdiri daripada warga Bangladesh. Ada yang langsung tidak tahu bahasa Melayu. Semua kenyataan bertulis dibuat dalam dua bahasa, iaitu Melayu dan Bangladesh.
Hujung minggu ketika menjadi drebar isteri ke pasar, ramai orang Bangladesh bekerja di gerai ikan, gerai buah, sayuran, tukang angkat barang, tukang cuci. Malah, pekerja negara tersebut juga yang menjual petai, rebung dan tempoyak. Makin kurang orang kita menjaja di situ, agaknya semua sudah jutawan!
Masuk ke Tesco, Giant dan lain-lain pasar raya, ramai juga warga Bangladesh di situ, boleh kata di setiap bahagian. Mereka mengangkat barang, mengemas stok, mencuci lantai, membersihkan ikan dan ayam, malah ada yang diberi kepercayaan menjadi penyelia.
Balik beraya kampung di Muar baru-baru ini, seorang sahabat lama bergundah-gulana, menjeruk perasaan di pagi Aidilfitri. Bukan kerana kematian suami atau kehilangan harta benda, tetapi gara-gara anak gadisnya, Peah – bukan nama sebenar – membuat onar bercinta sakan dengan seorang jejaka Bangladesh yang bekerja di ladang kelapa sawit.
Puas berdukun dan bermohon si Peah masih berkeras hendak mengikut jejaka hidung mancung yang ketampanannya ada iras-iras Salman Khan. Sebenarnya bukan Peah seorang, ramai lagi gadis dan wanita kita terpaut – malah kahwin lagi – dengan warga asing itu.
Tiba semula di KL, saya terserempak satu kemalangan maut dekat Puchong. Seorang penunggang motosikal mati di tempat kejadian setelah berlanggar dengan lori. Menurut berita yang disiarkan esoknya mat motor yang maut itu ialah warga Bangladesh.
Pendek kata setiap hari kita melihat, mendengar atau berhubung langsung dengan pelbagai peristiwa – suka atau duka – yang melibatkan warga negara tersebut. Demikianlah ramainya Abang Bangla di tempat kita!
-Abd Jalil Ali
sekadar gambar hiasan

2 Ulasan
Memang ramai sangat2..Dah macam duduk kat negara diorang lak rase..
BalasPadamkat tempat akak pun sama..tambah2 bila waktu malam...berkeliaran skali cari makan..takut lak
BalasPadamjerit kat sini