Eksklusif:Ceritera Cinta Anwar-Wan Azizah

Eksklusif:Ceritera Cinta Anwar-Wan Azizah

Loading...
Semua orang mengimpikan sebuah pertemuan manis yang akan dikenang sampai ke akhir hayat. Ramai juga yang berusaha mengejar apa yang panggil sebagai cinta sejati.

Bagi si teruna menjadi impiannya bertemu dengan gadis idaman, begitu juga bagi seorang gadis yang mengimpikan seorang jejaka impiannya muncul dan menyatakan hasrat bagi menyunting bunga nan mekar. Semua ini dianggap sebagai sebuah kejayaan apabila mereka bersatu secara sah sebagai suami isteri



Tatkala mula menjalankan tugas sebagai seorang doktor, umur saya sudah mencecah 26 tahun. Satu angka yang kritikal bagi seorang gadis pada zaman tersebut andai belum bertemu jodoh. Bukan tidak ada yang mahu, semasa masih bergelar pelajar di Ireland ada beberapa orang pelajar daripada negara luar mahu
melamar, semestinya tidak dibenarkan oleh kedua ayah dan kedua ibu saya. Mesti habiskan
pengajian dahulu, pesan mereka dan saya akur.


iba-tiba nama Anwar Ibrahim muncul dalam hidup saya. Anwar Ibrahim… satu nama yang sangat
terkenal. Ya, beberapa tahun sebelum itu beliau sudah sangat dikenali sebagai seorang daripada barisan
kepimpinan mahasiswa khususnya di Universiti Malaya. Sekadar itu sahaja.

Itu pun lama sebelum saya ke luar negara. 



Namun sekeping gambar yang diambil oleh seorang rakan sekelas saya sewaktu di Ireland, membawa Anwar kepada saya. Gambar tersebut diambil semasa saya menghadiri kelas pengajian bahasa Arab. Pada suatu hari, seorang kenalan datang berjumpa saya, dia kemudian memaklumkan kepada saya bahawa Anwar Ibrahim sedang mencari calon isteri dan bertanya sama ada saya berminat atau tidak?

Saya terkejut, pada waktu itu Anwar Ibrahim sudah menjadi presiden kepada sebuah gerakan Islam yang bernama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau sudah sangat tersohor di Malaysia. Saya pula
hanya seorang doctor siswazah di Hospital Besar, Kuala Lumpur.

Saya serba salah dan mengambil sikap acuh tidak acuh. Namun selepas mendengar cakap-cakap daripada
kawan-kawan mengenai beliau, saya kemudian mengubah keputusan, “Saya setuju setakat jumpa beliau,” hati mula berbicara.
Daripada cakap-cakap orang dan pembacaan mengenai beliau, saya mula jatuh hati kepada prinsip dan
perjuangan yang didokong oleh beliau.


Selain daripada itu, beliau juga dilihat masyarakat semasa sebagai seorang pemimpin, intelektual Islam yang
berwibawa dan juga… hensem!? Jika ada yang bertanya, “Apakah kalian
‘berdating’ dahulu?” atau “Apakah kalian memberi dan menerima hadiah istimewa yang dikenang-kenang sampai saat ini?” Mungkin ada juga yang akan bertanya, “Pernahkah Datuk Seri hadiahkan sebarang bunga kepada Kak Wan?” dan sebagainya. Jawapannya adalah….

Satu pertemuan diaturkan di rumah seorang kawan. Saya hanya bersiap ala kadar kerana saat
itu jujurnya, saya masih ragu akan perasaan diri sendiri. Namun saya gagahkan jua kerana
mahu melihat sendiri bagaimanakah rupanya Anwar Ibrahim, apakah beliau benar
sebagaimana yang dibicarakan orang ramai? 


Saya menanti, semuanya sudah tersedia. Tibatiba, satu panggilan telefon masuk dan tuan rumah menjawab. Beliau kemudian datang kepada saya dengan wajah yang sedikit redup, “Mohon maaf, saudara Anwar tidak jadi datang kerana perlu ke Iran bagi mewakili belia Islam Asia bagi meraikan kejayaan Revolusi
Iran selepas menjatuhkan kerajaan Shah Iran.”

Saya hanya mampu tersenyum, “Mungkin bukan jodohku,” gumam saya dalam hati. Rasa lega
berseli dengan rasa hampa. Ah, apakah perasaan itu. Saya sendiri kurang jelas dengan perasaan
diri sendiri saat itu.


 Kehidupan diteruskan dan saya terus menjadi seorang doktor yang melakukan rutin kedoktorannya. Sehinggalah pada suatu hari, tiba-tiba ada pesanan kepada saya yang ada orang mahu berjumpa dengan saya dan orang tersebut sedang menunggu saya di kantin hospital. Saat itu saya masih dalam duti, membuat pemeriksaan kepada para pesakit. Hati tertanya-tanya, “Siapakah yang datang? Apakah mungkin… ah, tidak mungkin….”


Anwar sewaktu muda

Selesai sahaja tugasan, saya bergegas ke kantin hospital dan sengaja datang dari arah yang tidak dapat dilihat oleh orang, dari jauh saya melihat seorang lelaki sedang duduk keseorangan.


Kemudian saya mengamati beliau agak lama juga sebelum saya berjumpa dengannya. Ternyata apa yang terlahir di hati saya saat itu adalah, “Benarkah ini adalah Anwar Ibrahim? Ternyata dia sangat kurus dan cengkung malah memakai cermin mata yang berbingkai besar. Kelihatannya tidaklah sehebat sebagaimana
yang diperkatakan.” Kemudian saya menyapa dan kami duduk bersembang, namun tidak lama. Beliau perlu segera beredar kerana ada beberapa mesyuarat dan perkara yang perlu diuruskan.


Saya kemudian dapat merasai apa yang dinamakan wibawa seorang tokoh pimpinan. Mendengar bait-bait kata yang dilafazkan beliau serta celupan dan curahan pemikiran beliau, saya akhirnya mengakui mengapa beliau yang sangat belia pada waktu itu boleh pergi sejauh itu dalam aktivisme, kemasyarakatan dan perjuangan.


Itulah antara siri-siri perjumpaan yang kemudian membawa kami kepada pasangan yang sah
bergelar suami isteri selang setahun kemudian. Tiada perjumpaan atau apa yang dipanggil
‘dating’.

Hubungan kami kebanyakan melalui talipon; berjumpa sekadar perlu, itu pun kebanyakan di hospital tempat saya bekerja.


Sebagai penggerak kepada gerakan mahasiswa dan belia, Anwar sentiasa dilihat sebagai ‘aktivis nakal’ kepada kerajaan pada waktu itu, sekaligus saat beliau menyatakan hasrat mahu menyunting saya kepada ayah kandung, ada ketidaksetujuan daripada beliau.

Namun semuanya menjadi sangat baik selepas lahirnya cahaya mata sulung kami, Nurul Izzah. Tidak
pernah saya bayangkan, kemudiannya saya akan menjadi isteri kepada seorang ahli politik.
Suami saya kemudian mula mendaki ke mercu kerjaya sebagai menteri, bermula dengan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian Hal Ehwal Agama Islam), kemudian Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Pelajaran dan paling akhir adalah Menteri Kewangan sekaligus Timbalan Perdana
Menteri Malaysia.

Sehinggalah saat yang tidak pernah kami semua dapat bayangkan… gegaran dan pergeseran kianmembarah, namun suami saya tidak sekali pun menampakkan wajah gusarnya apabila bersama kami. Sekali pun, beliau tahu kondisi dirinya juga dalam bahaya saat itu….


Luahan rasa:Wan Azizah


MOHAMAD SABU!! Ramai yang mengetahui bahawa beliau merupakan kenalan politik paling lama dengan Anwar sejak tahun 1970an lagi. Akan tetapi 1 perkara yang jarang diperkatakan bahawa Mat Sabu juga mempunyai hubungan akrab dengan Wan Azizah sejak sekian lama.Malah Mat Sabu pernah 1 ketika hampir setiap hari menghantar dan mengambil semula Wan Azizah di Hospital Kuala Lumpur (Tempat Kerja beliau) pada akhir 1970an iaitu sebelum mengenali Anwar Ibrahim.

 Mat Sabu tahu bagaimana Anwar yang bersikap biadap melarikan Wan Azizah daripada keluarganya bernikah di Thailand dan terpaksa meminta bantuan beliau dan beberapa yang lain termasuklah Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Harussani.

Mat Sabu juga tahu keperitan hidup Wan Azizah sebelum berkahwin dan bertambah kusut setelah menjalinkan rumah tangga dengan Anwar. Isteri Mat Sabu juga telah membongkar tindakan Wan Azizah melarikan diri ke rumahnya 1 masa dahulu kerana pertengkaran teruk dengan suaminya. Ianya dikhuatiri akan berlakunya penceraian.

Baca lagi  http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/03/mat-sabu-bongkar-pernah-bcinta-dengan.html


P/S yang pasti cinta Wan Azizah kepada suaminya itu terlalu tinggi dan kuat.

Catat Ulasan

0 Ulasan