Begini Caranya Cinta William-Kate Berputik

Begini Caranya Cinta William-Kate Berputik

Loading...

Kisah cinta William dan Kate sebenarnya tidak berbeza jauh dengan anak-anak kuliahan yang lain. Mereka mula saling memperhatikan saat sama-sama sering sarapan di kantin pada pukul 8 pagi sebelum kelas bermula.


Duncan berkata, sangat sedikit pelajar yang bersedia untuk menghadiri acara makan pagi. Namun Will dan Kate selalu hadir, dan secara automatik mereka sering bertemu.

"Mereka duduk di meja berasingan, Will dengan para remaja lelaki dan Kate dengan gadis-gadis," kenang Duncan. "Tapi, mereka akan melihat satu sama lain di sana, kerana orang tidak banyak bangun untuk sarapan pagi jam 8," tambahnya.

Duncan menggambarkan sosok puterayang kini berusia 29 tahun itu "popular" tetapi "sangat rendah hati". Sedangkan Kate merupakan gadis yang sangat sporty.

"Di Britain, Kate adalah apa yang kita sebut 'jolly holly sticks girl'. Dia selalu terlibat dalam permainan sukan, dia selalu mengatur, dia pemimpin alami. Dia selalu bertanggung jawab atas sesuatu," kenangnya.

Okay, jadi pertemuan pertama sambil sarapan. Tapi, bila mereka jatuh cinta?

Menurut Duncan, momen tersebut dilihat apabila acara 'Don't Walk Fashion Show' di kampusnya. Saat itu akhir tahun semester pertama.

"Aku ada di sana, dan ada banyak gadis yang menarik perhatian William dengan pakaian yang sangat berani," ujarnya.

Namun William mempunyai daya tarikan kuat terhadap Kate. Saat itu boleh dilihat dari kedua-dua mata kedua-duanya kalau mereka saling jatuh cinta.

Khabar angin menyebut, malam itu William dan Kate menghabiskan malam bersama. Namun hal tersebut dibantah oleh Duncan. "Sama sekali tidak," katanya.

Ia juga merasa yakin kalau Ratu dan Raja masa depan Inggeris itu akan bahagia dengan perkahwinan mereka. Duncan percaya William dan Kate akan belajar dari kesilapan Putera Charles dan Puteri Diana.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Masing2 individu ada kisah cintanya yang tersendiri... salam kenal, follower 1231

    BalasPadam

jerit kat sini