Header Ads

Ibu lahir anak kembar 12 dipaksa pilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!

loading...
Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

Malangnya nasib bayi-bayi itu...apa punya undang-undang ...

– Dalam gambar ini sebenarnya menunjukan sebuah hospital di Wuhan, China yang menyambut kelahiran 6 pasang anak kembar dalam 6 hari. Kalian boleh jumpa gambar original di link bawah dalam bahasa English dan Cina.
ENG: http://www.sharegoodstuffs.com/2011/04/chinese-hospital-has-enjoyed-six-sets.html
CINA: http://hb.qq.com/a/20110423/000261.htm


Berita asal dari sebuah website berita satirikal dan jenaka iaitu The Onion News. Sekarang ia isu yang hangat di Facebook, Twitter, dan blogger.

Link asal: http://www.theonion.com/articles/chinese-woman-gives-birth-to-septuplets-has-one-we,1999/

sumber:harian Metro
Loading...

13 ulasan:

  1. xnak bagi saya lar..orang lain susa nk dapat anak,senang2 je nak bunuh

    BalasPadam
  2. kesiannya... cuba lah bg kat org2 yg tiada anak.... tak pun bg je kat org2 malaysia... kesiannya... memang tiada perikemanusiaan langsung....

    BalasPadam
  3. kesiannya... cuba lah bg kat org2 yg tiada anak.... tak pun bg je kat org2 malaysia... kesiannya... memang tiada perikemanusiaan langsung....

    BalasPadam
  4. lempar dari atas gunung?
    memang tak berperikemanusiaan langsung!

    BalasPadam
  5. di china mcm senang je melahirkan bayi kembar kan...
    bnyk pula tu..

    BalasPadam
  6. Maaf. Tolong jangan blog membuta-tuli. Periksa dahulu berita atau maklumat sama ada betul atau tidak. Kalau maklumat tak betul, blogger juga dikira bersalah dan dapat dosa menipu pasal menyebarkan penipuan. Bagi pembaca pula, periksa dulu kesahihan maklumat sebelum melontarkan sebarang tuduhan yang menunjukkan kelemahan fikiran sendiri. Salam Ramadan Al-Mubarak.

    BalasPadam
  7. @ahmeed
    Salam ramadhan ...
    aya dapat sumber berita ni dari akhbar Harian Metro...rasanya ramai juga pembaca2 lain pun sudah maklum tentang berita ni..dan saya rasa maklumat yang saya dapat ni dari sumber yang betul..

    boleh klik sini:

    http://www.harian-metro-online.com/ibu-lahir-anak-kembar-12-dipaksa-pilih-1-dan-11-yang-lain-akan-dibunuh

    BalasPadam
  8. @Cik Tie@Akak
    Terima kasih atas respon. Tidak semua berita yang dilaporkan oleh akhbar adalah benar. Malangnya ada sesetengahnya terlalu mengejar publisiti dan populariti sehingga sanggup mengetepikan etika kewartawanan. Lebih malang lagi ada pula pembaca yang mempercayainya bulat-bulat dan menjadi 'agen' penyebar berita palsu. Bukannya nak berlagak pandai, tapi sebagai blogger yang bertanggung-jawab, sebelum meletakkan maklumat dalam blog kita, perlulah kita selidik kesahihan berita, sebaiknya rujukan dari beberapa sumber-sumber yang berkredibiliti.

    BalasPadam
  9. Ha.nape payah la nak barua media...karut karut....

    BalasPadam
  10. tolong bagi saya baki 11 orang tuh..saya didik dia jadi org berilmu berguna...boleh bantu orang lain. membunuh menambahkan dosa, kesengsaraan jiwa...TOLONGLAHHHH jangan bunuh baby tu..

    BalasPadam
  11. @MAMA HannahHakimHayfa
    tu la..sampai hati..kejamnya manusia...apa dosa bayi2 tu

    BalasPadam
  12. Astaghfirullaahal 'azhiim.. Na'udzubillaahi min dzaalik.

    BalasPadam
  13. xder lah dibunuh [-( . kalau china amalkan law macam tu dah lama world sociaty mengecam :-s . di china "1 child policy"diguna pakai . tgk sini dan faham betul2. http://en.wikipedia.org/wiki/One-child_policy. mengarut arrrr. meroyan siibu jika buat macam tu. :-t

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.