Wanita Amuk Di JPM Terkena Ilmu Hitam?Benarkah?

Wanita Amuk Di JPM Terkena Ilmu Hitam?Benarkah?

Loading...
‘Mungkin kena ilmu hitam'


Putrajaya: Muhdalena Ahmad yang ditembak ketika mengamuk bersama seorang lelaki di Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) kelmarin dikatakan sangat taksub terhadap lelaki itu walaupun baru mengenalinya.

Suaminya yang enggan dikenali juga tidak menolak kemungkinan isterinya terkena ilmu hitam lelaki berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa Imam Mahadi. “Saya tidak sangka dia sanggup mengikutnya walaupun baru mengenalinya beberapa hari lalu. Muhdalena tidak pernah berperangai pelik, tetapi dua tiga hari lalu dia berkelakuan aneh dan amat taksub terhadap lelaki berkenaan,” katanya kepada pemberi-ta di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.
Dikawal ketat polis

Muhdalena, 28, dikawal rapi dua anggota polis wanita. Setakat petang semalam, tiada anggota keluarga dibenarkan menemuinya kecuali suaminya yang berkesempatan menyerahkan makanan kira-kira jam 1 tengahari.

Difahamkan, wanita berkenaan meninggalkan dua anaknya bersama ibu bapanya di Kota Damansara pada Ahad lalu dengan alasan ada urusan perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari.

Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, Muhdalena cedera di peha kanan, manakala lelaki bersamanya, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa Imam Mahadi mati ditembak.
Bapa Muhdalena pula berkata, beliau sekeluarga masih terkejut dan sukar menerima hakikat pembabitan anak mereka.

Ahmad Adam, 55, seorang peniaga nasi lemak, berkata beliau mengetahui kejadian itu selepas membaca laporan pembabitan anak keduanya itu di sebuah laman sosial.

“Saya hubungi telefonnya tetapi panggilan dijawab seorang anggota polis. Dia minta saya ke Balai Polis Putrajaya untuk memberi keterangan. Saya terkejut dan kecewa kerana walaupun dia belajar tinggi (lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi terjebak dalam kes itu.

“Walaupun tidak bersekolah agama sepenuhnya, dia memang belajar sedikit pasal Islam pada sebelah petang,” katanya.

Beliau ditemui ketika cuba melawat anaknya, ditemani isteri, Siti Marliah Marjunid, 55; anaknya sulungnya, Ariffin serta dua anak Muhdalena, iaitu Mohd Fariz Kharizmi, 2, dan Mia Ratisya berusia setahun lebih.

Tidak benar melawat

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan melawat Muhdalena kerana difahamkan polis belum merekodkan keterangannya. Dia ditahan reman mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Dalam perkembangan berkaitan, jenazah Khalil dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 2 pagi semalam untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

2 suspek amuk dihantar isteri, suami

KUALA LUMPUR 11 Julai - Polis mengesahkan dua individu yang mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya kelmarin dihantar ke lokasi itu oleh isteri dan suami masing-masing.

Identiti mereka yang menghantar dua suspek itu dikenal pasti oleh polis berdasarkan siasatan yang dilakukan susulan kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu, namun beliau enggan mengulas lanjut.

"Polis mengesahkan kedua-dua mereka dihantar oleh suami dan isteri masing-masing. Siasatan masih berjalan dan polis akan mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya selepas ini," katanya.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang kelmarin, seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, bersama seorang wanita, Muhdalina Ahmad, 28, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B JPM menggunakan dua bilah pedang samurai.

Khalil Afandi terbunuh manakala Muhdalina cedera selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh polis.

Siasatan awal polis percaya kedua-dua suspek itu mengalami masalah mental setelah mengikuti satu kumpulan ajaran sesat.

Ditanya adakah polis sudah memanggil dan mengambil keterangan pasangan kedua-dua suspek, Chin Wah berkata, polis akan siasat mengikut prosedur yang ditetapkan.


Internet jadikan Muhdalina taksub

PUTRAJAYA 10 Julai - Pengaruh Internet dan taksub kepada Imam Mahadi dipercayai punca Muhdalina Ahmad, terjebak dengan Khalil Afandi Hamid yang juga suspek amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam.

Bapa suspek, Ahmad Adam , 55, berkata, anak keduanya itu banyak menghabiskan masa melayari Internet dan tidak memiliki pengetahuan agama tinggi.
Katanya, Muhdalina yang menetap di Rantau Panjang, Kelang, Selangor pernah bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat perkapalan di Pelabuhan Utara manakala suaminya turut bekerja di syarikat sama sebagai pemandu.

“Dua hari lalu dia datang ke rumah kami di Kota Damansara minta jaga anak-anaknya untuk dua, tiga hari, bila ditanya hendak ke mana dia cuma kata ada urusan," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Hospital Putrajaya (HPj) di sini hari ini.
Ahmad bersama isteri, Siti Marliah Marjunit, 55, dua cucunya Mohd. Faiz Khorizmi Yusof dan Mia Ratisya (anak Muhdalina) ditemani anak sulungnya Ariffin bagaimana pun gagal melawat Muhdalina.

Dua anggota polis wanita yang mengawal Muhdalina di bilik pengasingan Wad 28, tingkat 3, HPj memberikan alasan anaknya itu masih belum diambil keterangan dan tidak dibenarkan menerima pelawat.

“Kami sekeluarga amat terkejut dengan kejadian itu kerana dia seorang anak yang baik, peramah dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga, malah, dia juga berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)," katanya.

Difahamkan, Muhdalina anak kedua daripada empat adik beradik itu sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di paha dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, suami Muhdalina yang hanya dikenali sebagai Yusof berkata, dia yakin isterinya terlalu terpengaruh dengan Khalil Afandi walaupun hanya mengenali lelaki itu melalui laman blog.

Dia yang datang ke HPj dengan ditemani seorang rakan hanya menyerahkan pakaian dan barang-barang keperluan isterinya kepada anggota polis yang berkawal.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Langsung xpaham.sekejap kate smingu kenal,kejap kate bru 23 ari kenal.

    BalasPadam

jerit kat sini