Subhanallah! Anjing Ditembak 40 Kali Di Kepala Namun Masih Hidup

Ini mungkin kes paling teruk yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir. Subhanallah…dengan kekuasaan Allah, anjing itu tetap hidup.

Kejadian ini berlaku di BIRZEBBUGA. Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama ‘Bintang’ oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta.
Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang tertindih sebongkah kayu pohon besar. Saat menyiasat arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut dengan menemui seekor anjing yang nazak.

Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut didapati keempat kaki ‘Bintang’ diikat sehingga tidak mampu bergerak sama sekali.
RENUNGAN
Sememangnya anjing itu menjadi bintang kini. Betapa manusia mempunyai naluri sensitif terhadap kezaliman, penyiksaan dan penindasan meskipun ianya terhadap seekor binatang.

Amat malang jika manusia yang melakukan kezaliman diatas bumi Allah ini disokong dan dibiarkan dalam melakukan kebinasaan. Munasabahlah didalam Islam, orang yang menyokong dan membiarkan kezaliman dimuka bumi ini disambar api neraka.Ingatlah Allah membenci orang-orang yang melakukan kerosakan dan kezaliman.

melayukini.net


Ulasan

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!