Loading...
Salar de Uyuni di Bolivia yang digelar 'syurga dunia' berada berhampiran puncak Andes pada ketinggian 11.995 kaki di atas permukaan laut.
Fenomena alam cermin yang menakjubkan ini terbentuk semasa banjir membuatkan orang tampak berjalan di atas langit. Hamparan garam rata ini seluas kira-kira 6,500 batu persegi menjadi yang terbesar di dunia, bahkan lebih besar dari Tasik Titicaca.
Fenomena alam cermin yang menakjubkan ini terbentuk semasa banjir membuatkan orang tampak berjalan di atas langit. Hamparan garam rata ini seluas kira-kira 6,500 batu persegi menjadi yang terbesar di dunia, bahkan lebih besar dari Tasik Titicaca.
Meskipun sifatnya kering, Salar de Uyuni menjadikan fenomena langka berupa keajaiban alam yang menjadikannya sebagai padang gurun hidup di pergunungan dengan suhu rata-rata stabil sekitar 21C di musim panas.
Pelawat yang datang ke kawasan tersebut dapat menikmati bentangan putih garam dan pemandangan sekitarnya yang menakjubkan, sepanjang tinggal dengan penduduk tempatan, pelancong boleh merasa seperti terputus dari dunia moden. Pelancong juga boleh menginap bersama keluarga petani di rumah-rumah tanpa air atau elektrik, bahkan bilik mandi berada di luar rumah.
Walaupun pelancong telah lama melawat kawasan tersebut, baru sekitar lima tahun yang lalu lithium ditemui betul-betul di bawah permukaan garam.
Salar de Uyuni selain menakjubkan juga mengandungi konsentrasi tertinggi lithium yang penting untuk bateri komputer dan telefon di dunia. Antara 50 hingga 70 peratus bekalan logam mulia di dunia terkandung di daerah tersebut. Selain kekayaan mineral, Salar de Uyuni juga menjadi rumah bagi haiwan liar flamingo pink yang menakjubkan.
1 Ulasan
datang sini baca entry!! visit mine,.. :D
BalasPadamhttp://borntobealover.blogspot.com/2012/07/instax-mini-instant-camera-is-my.html
jerit kat sini