Peserta Termuda DiPerhimpunan Oren.Lihat!

Peserta Termuda DiPerhimpunan Oren.Lihat!

Loading...
KUALA LUMPUR: Sekitar 1,500 penyokong PAS yang menyertai ‘Himpunan Oren, Selamatkan Felda’ mula bergerak ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum bagi meminta campur tangan Yang DiPertuan Agong dalam isu Felda.

Polis membenarkan perarakan itu selagi ia bersifat aman dan menetapkan jarak 600 meter dari pintu istana bagi kumpulan berkenaan untuk berhenti.

Perarakan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu). Kumpulan peserta perhimpunan dijangka akan menyampaikan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Walaupun kononnya bertujuan untuk menyelamatkan Felda, namun sebahagian besar peserta perhimpunan yang juga ahli PAS yang baru sahaja tamat menunaikan sembahyang Zohor melaungkan kata-kata seperti jahanam BN, jahanam Najib dan sebagainya.

Apa yang memilukan, kata-kata berbentuk doa memburukan pihak lain itu diselang-seli dengan takbir.

Kanak-kanak kecil yang belum faham mengenai politik juga dibawa menyertai perhimpunan tersebut.



kesian budak kecil ni...belum tahu apa-apa,namun diheret sebegitu rupa

Bukan itu sahaja, pengikut-pengikut himpunan itu hanyalah dimeriahkan oleh ahli-ahli Pas sahaja, tanpa kehadiran peneroka.

Apa yang pelik, terdapat juga sekumpulan mahasiswa dari kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga terlibat dalam himpunan di Masjid Wilayah ketika ini.

Mereka hanya melepak di tepi perkarangan masjid sambil menghisap rokok tanpa menyertai jemaah yang menunaikan solat.

Adakah mereka anak-anak kepada peneroka? Yang pasti, ketika diminta untuk memberikan penjelasan penglibatan mereka, mereka enggan dan beredar dari tempat melepak.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Mereka ni tak habis2 timbul masaalah,pengikut taksub kpd pemimpin yg bangang dan bengang.Ketua2 yg mempergunakan pengikut tegar utk kepentingan politik cetek dan bengrap utk keuntungan diri sendiri!!Kita mau tanya pd mereka ini ,apa yg mereka dapat jika ketua2 ini menang???mungkin mereka dapat ha nyalah mangkuk tanpa nasi,dan melukutlah ditepi gantang...!!!

    BalasPadam
  2. @Melayu Raya
    Tak kisah kalau makbapak diornag nak ikut parti mana sekalipun...
    tapi janganlah heret anak2 kecil dalam mainan politik ni..kesian

    BalasPadam

jerit kat sini