Header Ads

Nak Laksa!!

loading...

Mulut & tekak hari ni terasa nak makan laksa je..janji yang masam2..
Godak2 dalam laman web..tup-tup jumpa resepi ni..
pasni nak cari bahan la pulak..

Bahan-bahan (kuah) 10 orang

1 kg ikan selayang
20 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering
6 tangkai cili api
1 sudu kecil belacan
10 keping asam keping
10 cawan air
4 tangkai daun kesum
1 biji bunga kantan – dibelah dua
Garam dan gula

Bahan-bahan lain

Laksa beras 1 kg
5 biji telur rebus – dibelah dua
Hirisan salad, bawang besar, cili api dan timun


Cara-cara

Rendam laksa selama 1 jam, kemudian rebus sehingga lembut dan toskan.

Untuk kuah, rebus ikan selayang sehingga lembut dan asingkan isinya daripada tulang. Guna air rebusan ikan untuk kisar tulang ikan dan kemudian tapiskan.

Kisar isi ikan, bawang merah, cili kering dan cili api.

Masak bahan yang dikisar di dalam periuk. Masukkan belacan, asam keping, air, daun kesum, bunga kantan, garam dan gula secukup rasa.

Hidangkan laksa penang dengan ulam, telur rebus dan limau kasturi (optional).

hhmm..dah lapar ni...tunggu waktu berbuka dulu la yer..
selamat berpuasa..
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.