Header Ads

Foto Uncle seekers dibawa ke mahkamah

loading...
Uncle seekers dibawa ke mahkamah untuk proses memohon perintah tahanan reman.


JOHOR BAHARU: Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman empat hari ke atas pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim.
Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah terhadap pengendali blog www.uncleseekers.blogspot.com dan dan juga teman wanitanya itu dibacakan Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret, di sini, petang tadi.
Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.

Ahad lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - Bernama

photo @Hazrey
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.