Kerana Asap Rokok,Isteri Boleh Mintak Cerai?

Kerana Asap Rokok,Isteri Boleh Mintak Cerai?

Loading...
Asap rokok: Wanita boleh minta cerai
Hakim beri syarat amalan merokok ancam kesihatan

Riyadh: Wanita Arab Saudi yang berdepan masalah kesihatan kerana suami mereka merokok dibolehkan memfailkan kes cerai terhadap suami, kata hakim yang ditemubual akhbar Al Watan.

Hakim Mahkamah Rayuan, Ebrahim Khodairi, berkata peraturan undang-undang dipohon dalam kes seperti itu yang boleh sampai ke tahap perceraian.
Jejas kesihatan

“Jika seorang wanita mengahwini seorang lelaki yang merokok dan disebabkan perbuatan itu si isteri mengalami masalah kesihatan seperti sakit dada dan alahan teruk, selepas menyatakan beliau sebenarnya tidak mahu mengahwini perokok, perkahwinan mereka perlu ditamatkan kerana kerosakan disebabkan asap rokok dan pasangan berkenaan sudah tidak boleh hidup bersama lagi,” kata Khodairi.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk kes wanita yang memang mengetahui bakal suaminya merokok sebelum berkahwin.

Tambahan lagi, tempoh perkahwinan adalah satu lagi faktor bagi hakim untuk diambil kira, tambahnya.
Sebagai contoh, kes wanita yang sudah berkahwin 20 tahun dengan perokok, akan digugurkan kerana wanita berkenaan sudah menerima hakikat itu.

Terima pelbagai reaksi

Kenyataan Khodairi menerima pelbagai reaksi yang disiarkan laman web rangkaian sosial.

“Bagaimana saya hendak meyakinkan suami saya supaya berhenti merokok?” soal seorang wanita Arab Saudi.

“Saudara lelaki saya merokok dan saya tidak tahan dengannya. Jika ini kesnya, semua wanita akan diceraikan,” kata seorang lagi lelaki, merujuk kepada peratus tinggi perokok di Arab Saudi.

Menurut perangkaan rasmi, ada hampir enam juta perokok di Arab Saudi termasuk 600,000 wanita dan 772,000 remaja, pelajar sekolah menengah dan tinggi.

Arab Saudi adalah pengimport keempat terbesar rokok dunia, lapor akhbar. – Agensi

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini