Kesian Budak Ni,Pipinya terlebih tembam.Lihat!

Kesian Budak Ni,Pipinya terlebih tembam.Lihat!

Loading...
SELAIN bengkak pipi, lidah yang terjuih menyukarkan Katie untuk makan.

SEJAK lahir Katie Meehan mempunyai bentuk wajah yang berbeza berbanding orang biasa. Leher dan pipinya bersaiz besar dan kelihatan bengkak.

Menurut doktor, dia mengalami higroma kistik iaitu pembentukan cecair yang berlebihan pada bahagian tersebut.

Masalah itu dianggarkan terjadi kepada seorang dalam 6,000 bayi di seluruh dunia.

Hal tersebut membuatkan bentuk wajah Katie nampak bengkak manakala lidahnya terjuih. Ini sekali gus menjadikan pipi kirinya terlebih ‘tembam’.

Doktor pernah menyuarakan kerisauan bahawa sekiranya tidak dibedah, Katie akan mengalami kesukaran untuk bercakap.

Namun setelah sekian lama menderita diejek dan dipandang serong kerana berwajah tidak sempurna, Katie kini berwajah baharu.

Biarpun tidak sempurna sepenuhnya, dua siri pembedahan telah banyak mengubah wajahnya untuk menjadi lebih cantik.

“Katie kini kelihatan begitu cantik. Ia merupakan saat paling indah dalam hidupnya dan kami sekeluarga.

“Jika mengimbau masa lalu bermula dari zaman bayinya hingga sekarang, perubahan pada wajahnya sungguh menakjubkan,” kata ibu Katie, Dawn McIntyre.

Keadaan itu juga boleh menyebabkan nyawa Katie terancam. Jangkitan pada wajahnya akan mengakibatkan ia membengkak dua kali ganda daripada saiz asal hingga menyekat rongga pernafasannya.

Gadis kelahiran Tyneside Selatan, England itu telah melalui pembedahan pertama pipi kiri pada tahun 2000 iaitu ketika dia berusia empat tahun. Seorang pakar, Prof. Ian Jackson daripada sebuah hospital di London melakukan pembedahan itu.

Dalam tempoh lima jam di dalam dewan bedah, sebahagian bengkak pada pipi dan lidahnya berjaya dikeluarkan.

Seterusnya dalam siri kedua pada setahun kemudian, dia melalui satu lagi pembedahan bersama pakar sama di sebuah hospital lain di London.

Kali terakhir Jackson melakukan pembedahan ke atasnya adalah pada tahun 2003. Namun begitu, pakar bedah tersebut sudah bersara biarpun Katie masih memerlukan khidmatnya.

MASALAH higroma kistik boleh dikesan seawal usia kandungan sembilan bulan.

Pernafasan

Satu lagi pembedahan lain diperlukan untuk membetulkan bahagian lidah dan struktur bawah di dalam mulutnya agar sempurna.

Dalam siri pembedahan tersebut dianggarkan sebanyak 60,000 pound sterling (RM296,000) dibelanjakan untuk memberi sinar baharu kepada Katie.

Kini wajahnya semakin elok. Dagunya meruncing manakala pipinya lebih kecil berbanding dahulu. Katie tidak lagi berasa rendah diri untuk menghadiri jamuan makan malamnya.

“Kami tidak perlu tergesa-gesa untuk pembedahan seterusnya kerana dia sudah pun gembira dan semakin berkeyakinan.

“Biarlah dia memberi perhatian kepada pelajaran dahulu kerana dia akan menyambung pengajian peringkat A-level dalam bahasa Inggeris, fotografi, falsafah dan etika,” beritahu ibu Katie.

Penasihat Bedah Tumor dan Kanser di Jakarta, Indonesia, Dr. Yusuf Heriady menjelaskan, keadaan higroma sistik berlaku kerana terdapat pengumpulan cecair berwarna jernih pada leher akibat penyumbatan dalam sistem limfa.

“Higroma kistik berkait rapat dengan perkembangan saluran limfa dalam sistem limfatik di bahagian leher. Ia berlaku akibat masalah perkembangan saluran darah di kawasan itu yang akhirnya menyebabkan penyumbatan.

“Penyumbatan tersebut lama-kelamaan menjadikan bahagian itu membesar akibat terisi dengan cecair badan. Ia seterusnya menolak tisu-tisu lain pada bahagian tersebut,” kata Yusuf.

Dalam pada itu, pensyarah Jabatan Genetik Manusia, Universiti Perubatan Emory, Atlanta, Amerika Syarikat, Dr. Stephen Warren berkata, keadaan itu tidak berisiko terhadap kesihatan seseorang.

Bagaimanapun, bengkak yang tidak menyakitkan itu mengganggu keselesaan hidup, bentuk wajah dan kadangkala menyekat saluran pernafasan.

“Kandungan yang dikesan mempunyai masalah itu perlu dibuang di hospital yang memiliki peralatan yang cukup.

“Selalunya kelahiran normal tidak memberi masalah tetapi jika tumor itu terlalu besar, pembedahan Caesarean perlu dilakukan.

“Selepas kelahiran, keadaan saluran pernafasan bayi akan dipantau kerana dibimbangi tumor tersebut mengganggu pernafasannya.

“Jarum kecil boleh digunakan untuk mengurangkan cecair itu bagi mengelakkan kecacatan wajah dan halangan saluran udara,” kata Warren.

p/s  kesian kan??

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. kesiannya
    feel free to view my album
    http://inq-collection.com

    BalasPadam

jerit kat sini