Replika Titanic Dihuni Roh Kapal Asal Titanic

Replika Titanic Dihuni Roh Kapal Asal Titanic

Loading...
Virginia – 100 tahun telah berlalu sejak tragedi yang menimpa kapal Ttanic, namun kisah seram mengenainya terus diperkatakan.

Terbaru, seorang lelaki yang mereka replika kapal berkenaan mendakwa, dua roh penumpang yang meninggal dunia dalam tragedi berkenaan, kini menghuni replika Titanic tersebut.

Wyatt Jason Moore dari Portsmouth, yang mengambil masa selama sembilan tahun untuk menghasilkan replika itu berkata, dia mendengar bunyi aneh berhampiran replika berkenaan yang diletakkan di ruang tamu rumahnya.

Malah, katanya ketika dia mengambil gambar replika tersebut, dua roh tersebut muncul dalam lensa kameranya.

‘`Selepas mengamati dengan teliti, saya melihat imej seorang lelaki berjambang dan terdetik di hati saya, apa yang dia lakukan di sini.

“Sementara di bahagian tepi kapal, seorang wanita, dipercayai pasangan lelaki tersebut berada di tepi tingkap di sebelah lelaki itu,’’ katanya/

Namun Wyatt tidak takut dengan keadaan berkenaan walaupun pintu rumahnya yang terletak berhampiran replika itu sering dihempas tanpa sebab.

“Saya tidak mengganggu mereka, maka mereka juga tidak mengganggu saya,’’ katanya.

Wyatt , yang juga seorang pesara arkitek, berkata, dia membina kapal itu selepas menonton filem A Night to Remember yang diterbitkan pada 1958 yang memaparkan kronologi melanda Titanic.

Sejak itu, beliau mula mempelajari foto lama Titanic untuk membolehkannya membina semula replika kapal itu berdasarkan kapal asal.

Dua tahun lalu, beliau cuba menjual replika tersebut dengan harga $263,000 dolar, namun gagal mendapat pembeli.

“Saya menetapkan harga tersebut berdasarkan tempoh 17,368 jam bagi membinanya. Setiap jam bernilai $15.15 ditambah dengan kos sebanyak $5,000 untuk membinanya dan dari situ saya mendapat harga berkenaan,’’ katanya.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. jin la kot da jd kan tu rmhnya...

    BalasPadam
  2. dah nampak benda pelik gitu lagi la org tak nak beli..

    BalasPadam
  3. seram...

    http://www.alyzafisol.com/

    BalasPadam
  4. iblis ni dah takde tempat lain nak duduk dah gamaknya...dalam replika pun jadi

    BalasPadam

jerit kat sini