Lagi kes lelaki bakar diri....Lihat!

     RAKAMAN amatur menunjukkan orang ramai melihat dua lelaki membakar diri di                                 daerah Yushu di China kelmarin. - AP


Dua lelaki bakar diri di China

BEIJING - Dua lelaki nekad membakar diri di daerah Yushu, dalam wilayah Qinghai bagi membantah pemerintahan China di Tibet dengan seorang mangsa maut, manakala rakannya parah.

Agensi berita rasmi Xinhua semalam melaporkan, mangsa yang maut merupakan seorang pengembala tempatan. Sementara lelaki yang terselamat berasal dari Aba, dalam wilayah Sichuan.

Sebuah kumpulan pertubuhan nasionalis Tibet dalam buangan, Kongres Pemuda Tibet mengenal pasti mangsa yang mati sebagai Tenzin Khedup, 24, dan rakannya ialah Ngawang Norphel berusia 22 tahun.

Pertubuhan itu turut menyiarkan rakaman video menunjukkan dua lelaki itu memegang bendera kemerdekaan Tibet ketika badan mereka dijilat api.

Sepanjang tahun lalu, dianggarkan berpuluh-puluh orang membakar diri di Tibet, China.

Mereka bertindak demikian kerana mendakwa Beijing menindas penduduk etnik Tibet. - AP

Ulasan

  1. Kenapa la diorang buat macam tu...

    BalasPadam
  2. akal pendek..diorang ingat bunuh diri boleh selesai masaalah ...padahal disebaliknya

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!