Header Ads

Akhirnya Putera William terima harta Mendiang Puteri Diana

loading...

Putera William terima harta diwasiat ibu


LONDON 21 Jun - Pewaris ketiga takhta Britain, Putera William menyambut hari kelahirannya ke-30 hari ini, sekali gus membolehkannya menerima harta bernilai 10 juta pound (RM49.58 juta) yang diwasiatkan mendiang ibunya, Puteri Diana.

Diana meninggalkan aset yang kini dijangka bernilai 20 juta pound (RM99.16 juta) kepada dua orang puteranya, William dan Harry apabila beliau meninggal dunia pada tahun 1997.

Semasa kematian beliau, Putera William baru berusia 15 tahun dan Putera Harry 12 tahun. Penyerahan harta itu hanya akan dibuat apabila umur mereka mencecah 30 tahun.

Timbul spekulasi William dan isterinya, Catherine, yang kini bergelar Duke dan Duchess Cambridge, akan menggunakan duit itu untuk membeli rumah.

Bagaimanapun, khabar angin tersebut dilihat tidak benar kerana Putera William akan bertugas di Unit Mencari dan Menyelamat, Tentera Udara Britain pada tahun depan.

"Terdapat spekulasi Putera William akan membeli rumah di satu kawasan pendalaman namun mereka tidak membuat sebarang rancangan ke arah itu,'' kata pembantu Istana Buckingham kepada akhbar Daily Telegraph. - AGENSI


Loading...

2 ulasan:

  1. hahahaha... ini harta, Ahmad Albab yang punya... hahahahah

    BalasPadam
  2. @sedutzone
    betul3..jangan sesiapa berani usik

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.