Kate Middleton Terlalu Kurus Untuk Mempunyai Bayi?

Kate Middleton Terlalu Kurus Untuk Mempunyai Bayi?

Loading...
Kate Middleton mungkin memang terlihat sempurna dan luar biasa dengan apa-apa yang ia kenakan. Namun, siapa sangka jika doktornya mengatakan bahawa Kate terlalu kurus untuk memiliki bayi.

Seorang sumber mengatakan bahawa para doktor menyarankan Kate untuk menambah berat badannya jika ia ingin memiliki bayi. Kate kini mengalami tekanan kerana Putera William mendedahkan bahawa ia ingin memulakan sebuah keluarga.

Majalah OK melaporkan bahawa berat Kate kini di bawah 90 pon (sekitar 40,8 kg), tidak sesuai dengan Kate yang mempunyai tinggi 5'10 (sekitar 178 cm).

"Dia dan Putera William tidak sabar-sabar memberitahu bahawa mereka ingin memiliki bayi - mereka berharap dapat segera membuat pengumuman tahun ini, saat Ratu merayakan Diamond Jubilee," kata seorang sumber dari kerajaan kepada majalah OK.

"Doktornya menyarankan Kate untuk menambah berat badan, demi meningkatkan peluang untuk hamil. Wills mendorongnya untuk lebih banyak makan, mengatakan bahawa dia ingin berat badan Kate bertambah," ujar sumber itu.

Kesian Kate..mereka terlalu berharap...

Catat Ulasan

0 Ulasan