Loading...
Aishwarya Rai Tak Kisah Kritikan
Nama aktres Bollywood terkenal dan bekas ratu cantik dunia, Aishwarya Rai Bachchan menjadi bualan hangat media di seluruh dunia kerana perubahan bentuk badannya yang semakin berisi selepas melahirkan anak sulungnya.
Namun, isteri kepada aktor Abhishek Bachchan ini mengakui gembira dengan perubahan dirinya itu, malah tidak berasa bimbang dengan tanggapan peminat terhadap dirinya.
"Seorang pelakon pasti akan sentiasa menjadi tumpuan ke mana sahaja dia pergi. Pasti akan mempunyai pelbagai tanggapan terhadapnya.
"Memang ada tanggapan negatif terhadap perubahan bentuk badan saya, tetapi saya tidak kisah," ujar bintang filem berusia 38 tahun ini.
Aishwarya turut menolak saranan daripada peminatnya yang meminta untuk berdiet agar kembali langsing seperti sedia kala.
p/s Aishwarya.... wat dhek jer..
2 Ulasan
nmpk lain sungguh, selalu slim jer hihihihi
BalasPadambiasalah...sekali air bah ,sekali pantai berubah..:))
BalasPadamjerit kat sini