Apa Hukumnya Melintasi Di Hadapan Orang Bersolat?

Apa Hukumnya Melintasi Di Hadapan Orang Bersolat?

Loading...

| Pernahkah kita melintasi di hadapan orang yang sedang bersolat? Jika pernah, maka kita kita telah melakukan satu kesilapan yang besar. Perkara ini banyak terjadi antaranya selepas solat Jumaat. Para jemaah yang bergegas keluar dari dewan masjid, melulu tanpa perasan melintasi orang yang sedang mengerjakan solat sunat. Ikuti soal jawab ini mengenai hukum melintasi di hadapan orang bersolat.


Soalan:
Apakah hukum dan juga dalil seseorang muslim tidak dibenarkan berjalan melintasi seseorang yang sedang bersembahyang (fardhu mahupun sunat). Apakah azab-azab yang telah disebutkan dalam ayat-ayat quran dan juga hadis yang berkaitan?

Jawapan:
Banyak hadis yang menjelaskan tentang haramnya melintasi orang yang sedang solat. Diantaranya, Dari Zaid bin Khalid bahawa Nabi SAW bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya kerana berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, nescaya ia lebih suka berdiri menunggunya sampai 40 musim daripada lalu dihadapannya“. (setengah riwayat mengatakan 40 tahun).


Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah. Berkata Ibnul Qayyim: “Menurut Ibnu Hibban dan lain-lain, hukum haram yang disebutkan itu ialah bila orang yang bersembahyang itu menggunakan tabir. Maka kalau tidak pakai tabir, tidaklah haram lalu di depannya. Dasar ketentuan sesuai dengan hadis Nabi yang bermaksud: “Dari Muthalib bin Abi Wada’ah katanya, saya melihat Nabi SAW setelah selesai tawaf, berjalan melalui tempat tawaf, kemudian bersembahyang dua rakaat, sedang diantara baginda dengan orang-orang tawaf itu tidak ada tabir apapun”.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. sekurang2nya letaklah sejadah sebelum melintasi hadapan org y tgh bersolat.. jgn main lalu suka2 hati je kan :)

    BalasPadam
  2. betul tu..barang lain pun boleh selain sejadah

    BalasPadam
  3. selalu org letak bantal erk depan tu.
    tak tahulah.

    BalasPadam
  4. Tapi kadang kita tak sengaja,di sebabkan ada yang bersembahyang sunat desebelah belakang pintu sisi mesjid

    BalasPadam

jerit kat sini