Wanita tua ditanam hidup-hidup

Wanita tua ditanam hidup-hidup

Loading...

KERETA yang ditinggalkan sepasang kekasih di Zhejiang selepas melanggar seorang wanita tua dan mengebumikannya kerana menyangka dia sudah mati.
Pasangan kekasih mabuk tak sedar mangsa dilanggar masih bernafas

BEIJING: Polis China menahan sepasang kekasih yang menanam hidup-hidup wanita warga emas berusia 68 tahun kerana menyangkakan dia sudah mati selepas kereta mereka melanggarnya, lapor akhbar semalam.
Kes itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang sekali gus menggambarkan masalah keruntuhan moral generasi muda di negara itu semakin meningkat.
Akhbar China Daily yang memetik kenyataan seorang pegawai, melaporkan, pasangan terbabit keluar untuk berhibur di sebuah pusat karaoke sepanjang malam sebelum melanggar wanita malang itu, ketika memandu pada awal pagi di sebuah kejiranan mewah wilayah timur Zhejiang bulan lalu.

Seorang saksi mendengar suara tangisan dan melihat wanita tua terbaring di tanah berhampiran sebuah kereta dipercayai milik pasangan itu.

“Seorang lelaki dan wanita keluar serta mengangkat wanita tua itu masuk ke kereta dan memberitahu yang mereka mahu menghantarnya ke hospital,” kata polis.

“Bagaimanapun pasangan itu yang bimbang mereka mungkin ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kemalangan serta menyangkakan wanita itu sudah mati, menanam wanita itu di tepi jalan,” kata laporan itu.
Bagaimanapun, polis kemudian menemui mayat wanita itu dan mendapati dia masih hidup ketika ditanam dan mati akibat lemas.

Berita itu secara meluas dibincangkan dalam laman sosial popular China, Weibo di mana dia mencetsukan kemarahan yang sesetengah pihak menggelarkan ia sebagai masyarakat moden yang tidak bermoral.

“Kejadian seumpama itu menunjukkan masyarakat kita benar-benar berdepan dengan masalah besar,” kata seorang pengguna. “Rakyat di China, bagaimana ini boleh berlaku,” kata seorang lagi

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Aduh...
    teruknya....
    tak patut la mereka buat macam tu...
    entah2 banyak lagi kes sedemikian,
    tetapi tidak diketahui umum....

    BalasPadam

jerit kat sini