Voodoo..Sihir Pukau Awang Hitam.Baca!!

Voodoo..Sihir Pukau Awang Hitam.Baca!!

Loading...
INFO
Voodoo

Ketika upacara voodoo, beberapa pengikut mendakwa tubuh mereka dirasuk ‘Iwa’ iaitu roh voodoo.

Voodoo ialah antara sebutan paling biasa di kalangan penganut agama di Afrika Barat manakala vodun dipercayai sistem amalan puak Ewe, Kabye, Mina, Fon dan Youba iaitu penduduk di tenggara Ghana, selatan dan tengah Benin, selatan dan tengah Togo serta barat daya Nigeria.

Amalan voodoo yang diamalkan di Haiti berkembang di Amerika Syarikat pada lewat tahun 1960-an dan awal 1970-an, hasil kedatangan penduduk negara itu yang mendapatkan perlindungan daripada rejim Duvalier. Lokasi diduduki pendatang Haiti di Amerika termasuk di Miami, New York dan Chicago.

Majoriti upacara voodoo membabitkan pengorbanan haiwan. Ia dipercayai memberikan nyawa kepada si mati. Amalan itu juga dilihat sebagai cara memberikan makan dan minum kepada roh.

Ada dua perbezaan voodoo iaitu Rado dan Petro. Rado dinilai amalan secara aman manakala Petro dilihat lebih bahaya kerana membabitkan penggunaan ilmu hitam. Dengan Petro, pengamal terlalu asyik dengan sumpahan maut dan mewujudkan zombi.

Kaedah sumpahan membabitkan mencucuk pin kepada patung voodoo dikaitkan dengan apa yang digelar voodoo New Orleans. Bagaimanapun, pendekatan itu lebih mengingatkan kepada beberapa kepercayaan sihir dari Eropah.

Voodoo membabitkan pemujaan kepada Tuhan yang digelar Bondye. Ia dilihat sebagai memiliki tiga bahagian berbeza iaitu Iwa, Si Kembar dan Si Mati. Iwa - adalah roh yang membentuk tiga kuasa besar di alam semesta dan dilihat dalam semua aspek kehidupan seharian. Ia dipercayai mengadakan hubungan dengan orang hidup dengan wujud ketika keadaan baik dan buruk. Mewakili keseimbangan baik dan jahat adalah Si Kembar dan Si Mati ialah roh yang tidak dituntut oleh keluarga.

Antara objektif utama amalan voodoo bertumpu kepada usaha penyembuhan dengan kira-kira 60 peratus daripada aktiviti dan upacara memberi tumpuan kepada matlamat itu.

Setiap hari kita membaca atau mendengar berita jenayah berlaku di tanah air kita, rompak, samun, bunuh, tipu dan rogol. Jenayah-jenayah itu dilakukan oleh penduduk-penduduk tempatan dan juga para pendatang dari luar negara, yang masuk dengan sah atau haram.


Para penjenayah asing itu pula termasuklah orang-orang kulit hitam yang datang daripada berbagai-bagai negara dari seluruh dunia. Setiap kali saya mengetahui jenayah yang dilakukan oleh orang kulit hitam, terutama jenayah yang melibatkan pukau, saya akan teringatkan “Voodoo”. Tapi saya tidak mengatakan mereka menggunakan sihir voodoo, dan saya hanya teringatkan voodoo bila mengetahui jenayah itu dilakukan oleh “Awang Hitam”, kerana voodoo ini asalnya amalan orang kulit hitam.


Agama Voodoo
Voodoo adalah sejenis upara kepercayaan atau agama dalam bentuk sihir yang terdapat di kalangan masyarakat kulit hitan atau Negro di Hindian Barat, dan mungkin berasal daripada kawasan Afrika Barat.

Kemudian upacara berbentuk agama dalam voodoo itu telah dipergunakan untuk tujuan sihir, mungkin dengan tambahan-tambahan tertentu, untuk disesuaikan dengan keadaan, masa dan tempat.

Justeru itu sejak kebelakangan ini bila disebut atau melihat perkataan voodoo secara automatik mereka menganggapnya sebagai sejenis sihir hitam atau black magic yang bertujuan untuk membinasakan orang lain.

Justeru voodoo ialah sejenis sihir yang bukan berasal dari negara kita. Ia sejenis sihir yang keji, hina dan kejam. Ia berasal daripada Afrika, dan diamalkan oleh masyarakat kulit hitam.

Orang-orang Negro mengamalkan voodoo ke mana sahaja mereka pergi, hingga sampai ke Amerika Syarikat dan England sekali pun.

Perkataan voodoo itu berasal daripada perkataan “vudu”-Dahomean, iaitu sejenis semangat yang kuat dan berahsia yang tidak kelihatan, dan dipercayai dapat menganggu kehidupan manusia. Voodoo sejenis kepercayaan atau penyembahan kepada semangat yang tertentu.

Ada beberapa tujuan upacara voodoo mereka lakukan yang mungkin berbeza-beza antara satu sama lain, antara upacara voodoo kerana majlis kematian dan upcara voodoo kerana memuja syaitan untuk tujuan yang tertentu, atau untuk perawatan.

Antara penyakit-penyakit yang dirawat menggunakan voodoo ialah ketagihan dadah, dan penyakit-penyakit jiwa seperti tertekan, kesepian dan juga penyakit-penyakit lain. Tidaklah dapat dipastikan sejauh mana kesan rawatan secara voodoo itu.

Bomoh-bomoh voodoo juga membuat tangkal dan azimat untuk digunakan oleh mereka yang percaya kepadanya.


Voodoo bukan sahaja satu kepercayaan, tapi juga ia digunakan untuk memperlindungi diri dari ancaman-ancaman bencana, dan juga sebaliknya untuk membinasa atau memusnahkan orang lain, seperti sihir yang digunakan dalam masyarakat kita.

Acara voodoo melibat lebih daripada seorang. Seorang lelaki yang digelar paderi dan seorang wanita digelar paderiwati. Sang paderi dipanggil “houngnan” dan paderi wanita dalam ucapara voodoo itu dipanggil “mambo”.

Mula-mula “houngnan” akan bertanya keapda “mambo” soalan yang bermaksud, “Apakah kebenaran?”.

Berbogel
Sang “mambo” akan membuka penutup badannya, dan akhirnya mendedahkan semua anggota-anggota jantinanya untuk upacara itu.

Kemudian mereka terus menari, sambil wanita itu menanggalkan lagi kesemua enam lapis penutup pakainnya, dan akhirnya membogelkan sepenuhnya badannya.


Mereka menari berpasang-pasangan dengan lincah dalam ruang yang diterangkan oleh lilin-lilin yang dipasang di atas lantai. Semua gerak geri mereka dalam tarian itu menggambarkan perlakuan hubungan seks.

Paderi lelaki juga menari dengan membuat gerakan-gerakan seperti sedang melakukan persetubuhan, sambil menggesel-geselkan tubuhnya kepada sebahagian daripada penari-penari dalam upacara tersebut.

Salah daripda mereka yang sedang menari, iaitu “mambo”akan menyingkirkan diri dari kumpulan, dan menari sendirian dengan lebih rancak dan menggila-gila mengikut paluan gendang.

Pada suatu ketika mata mereka menjadi berputar-putar, kerana mereka dikuasai oleh syaitan yang panggil roh yang dikenali dengan nama “loas”.

Mereka percaya melalui syaitan “loas” itulah penari itu akan diberitahu untuk membuat seusuatu permintaan atau ramalan.

Kemudian “mambo” itu tidak sedarkan diri, dan dengan mulut berbuih lalu rebah ke lantai dalam kedaan bogel. Lelaki yang istimewa sahaja yang ada di majlis itu akan mencium kemaluannya.

Dalam upacara itu selain tari menari ia melibatkan paluan gendang, penggunaan pedang dan panji-panji

Upacara voodoo ini akan ditamatkan dengan acara menghantar persembahan kepada Dambalah, iaitu tuhan baik, dan Petro, tuhan jahat mengikut kepercayaan mereka.

Persembahan yang diberikan kepada tuhan-tuhan mereka itu berupa seekor haiwan pilihan, ia mungkin seekor babi, seekor kambing atau seekor anjing, dengan cara yang berbeza-beza.


Jika dipersembahkan itu seekor babi. Batu kemaluannya akan dikerat, dan darah yang keluar daripadanya mereka hirup. Jika ia seekor kambing, binatang itu dipukul dan ditetak hingga mati. Jika ia seekor anjing, kedua belah tinga dan ekor binatang itu dikerat terlebih dahulu hingga putus. Jika ianya sepasang ayam atau burung merpati, tulang sayap dan kakinya dipatahkan dahulu sedikit demi sedikit sebelum leher ayam itu dipulas hingga mati.

Selain daripada voodoo sebagai ritual biasa, ada upacara voodoo yang khusus untuk menjualkaan roh manusia kepada syaitan, seperti dilakukan di kalangan masyarakt Jawa, Indonesia yang membuat perjanjian dengan syaitan untuk memperolehi kekayaan. Untuk mendapatkan kekayaan dalam sesuatu tahun, mereka membuat perjanjian dengan syaitan, dengan bayaran roh, tapi bukan roh mereka, sebaliknya roh mana-mana anggota keluarga yang di sayangi, seperti roh anak atau isteri mereka.

Dengan itu, jika tidak ada pilihan, mereka terpaksa mengorbankan orang yang mereka kasihi itu untuk memenuhi maksud mereka yang tamak dan haloba itu.


Sabda Baginda s.a.w lagi, “Barangsiapa yang melakukan sihir, maka dia telah berbuat syirik [seperti menyembah berhala]”.HR:Nasai.

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini