Marsha Belajar Untuk Solat Dan Bertudung?

Marsha Belajar Untuk Solat Dan Bertudung?

Loading...

KUALA LUMPUR – Untuk menghayati watak yang digalas dalam filem Qada arahan Michael Ang, Marsha Milan Londoh, 27, mengakui perlu untuk belajar memakai tudung dan bersolat seperti orang Islam.

Menganggap watak sebagai gadis Islam dalam filem itu mencabar, Marsha memerlukan sepenuh perhatian dan usaha keras untuk dia menjayakan penampilannya.

Bagaimanapun, Marsha berasa lega kerana mempunyai rakan-rakan artis lain yang beragama Islam dan sudi untuk memberikan tunjuk ajar kepada dirinya.

“Untuk filem Qada apa yang boleh saya katakan watak yang diberikan kepada saya memang sangat mencabar. Dalam filem tersebut, saya memegang watak sebagai seorang gadis mualaf yang telah berkahwin secara paksa dengan seorang lelaki.

“Sebelum ini saya pernah juga membawa watak sebagai gadis beragama Islam, cuma dalam filem ini saya perlu tampil dengan gaya muslimah dan perlu memahami tentang solat lima waktu yang menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.

“Namun, saya berasa lega kerana kebanyakan rakan-rakan saya memang beragama Islam, termasuk Sharifah Sakinah yang turut berlakon dalam filem itu dan dia memang banyak membantu saya untuk menghayati watak yang diberikan,” kata Marsha seperti dalam laman Blog Busuk.org.

Dalam filem Qada itu, mengisahkan tentang seorang gadis bernama Hawa yang terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dicintainya dan lelaki tersebut juga tidak menerima dirinya sebagai seorang isteri.

Namun, berkat kesabaran Hawa, suaminya menerima juga dirinya.

Dalam filem itu juga menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Sakinah, Amar Ashyraf, Rizal Jaafar, Azza Elite dan Sharifah Shahora.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM500,000 itu juga bakal ditayangkan dalam tahun ini juga.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. bagus lah..ini sepatut nya contoh artis..

    sup3rc0w.blogspot.com <----Something might be new for you.visit me :)

    BalasPadam
  2. Nice post.. semoga artis yang lain mengikuti..

    BalasPadam

jerit kat sini