Header Ads

Nurul Izzah Pandai Bermuka-muka??!!

loading...

Sedikit cerita politik pembukaan pagi ini...baca!!

Laporan menarik tentang Nurul Izzah yang didedahkan oleh orang kuat beliau sendiri! Di antara laporan Agendaily :
TIBAI menurunkan barisan penceramah yang sama di Gombak dan Ampang cuma yang istimewa di Lembah Pantai ini adalah kemunculan yang tidak disangka-sangka, M. Parthiban yang merupakan bekas pegawai khas Nurul Izzah.


M. Parthiban (gambar) yang terima sms ugutan sejurus sebelum berucap bagaimanapun meneruskan ucapannya dan menceritakan perangai sebenar Nurul Izzah sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan.


Sebelum itu, M. Partibhan yang yang menyertai PKR sejak 12 tahun lalu umum keluar dari parti itu bersama lebih 200 anggota cabang Lembah Pantai dan menubuhkan Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (SESAMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum, yang menyokong Barisan Nasional (BN).


Bekas Ketua Biro Kebajikan dan Masyarakat PKR Lembah Pantai itu berkata apa yang digambarkan oleh PKR mengenai Nurul Izzah kononnya bekerja di atas dasar telus dan bersih adalah pembohongan semata-mata.

"Saya tidak sanggup bekerja lagi dengan manusia yang bermuka-muka sepertinya dan telah meletakkan jawatan. Beliau tidak pernah menjalankan kewajipan sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai.

"Beliau tidak pernah bertemu masyarakat apatah lagi melawat orang uzur, sakit atau ditimpa kematian di Lembah Pantai. Perkataan yang selalu digunakannya adalah I'm rushing, I'm rushing. Anda boleh bertanyakan kepada wartawan Sinar Harian jika tidak mempercayai kata-kata saya," tegas M. Parthiban di hadapan lebih 2000 hadirin.

"Saya telah menjalankan tugas sebagai pengarah kebajikan dan kemasayarakatan di seluruh Lembah Pantai untuknya. Segala masalah penduduk telah saya unjurkan kepada beliau melalui email.

"Yang mendukacitakan, apabila beliau (Nurul Izzah) berjumpa wartawan, mula berlakon untuk mendapatkan populariti seolah-olah turun padang dan mendapatkan semua maklumat dari penduduk. Nurul Izzah hanya tahu menyelit dicelah-celah aktiviti yang diusahakan oleh saya.

"Saya boleh cabar dan bertanya kepadanya kerana beliau memang tidak tahu dimana Lorong Asrama, dimana lokasi-lokasi lain di sini," kata M. Parthiban.

"Saya dipanggil kembali dan dipujuk oleh Nurul Izzah untuk menarik kembali perletakan jawatan kononnya ada imbuhan di Selangor. Saya juga telah dipanggil beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua Kelab Penyokong Pas tanpa memberikan sebarang alasan yang konkrit," ujar M. Parthiban.
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.