KENING??!!!

KENING??!!!

Loading...
Setiap wanita ingin sentiasa memperlihatkan diri mereka cantik dan menawan tidak kiralah ketika berada di rumah mahu pun keluar bersiar-siar.

Kalau keluar ‘dating’ dengan kekasih, sudah semestinya akan meriaskan diri semantap habis!

Apa lagi, nak nampakkan diri cantik dan buatkan kekasih hati terpesonalah semasa melihatkan wajah kita.

Buat wanita, satu kecantikan yang dititik beratkan adalah merias bulu kening mereka.

Ada yang akan membentuk bulu kening mengikut bentuk yang sesuai dengan wajah sendiri.

Macam-macam gaya dan bentuk yang boleh dibuat.

Lima contoh bentuk bulu kening supaya anda boleh mencubanya sendiri. Nak cuba? Pilihlah!

Tetapi, menurut agama Islam, mencukur bulu kening atau alis mata adalah sama sekali dilarang dan ditegah oleh Islam.

Menurut pandangan syara’ adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti mengubah ciptaan Allah dan ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudah pun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.

Seperti mana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;

“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” – HR Bukhari.

Justeru itu, terpulanglah kepada anda untuk menilai sama ada ingin mengubah ciptaan Tuhan atau tidak. Tepuk dada, tanya selera!



Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini