Kenapa Ratu Sepanyol Tolak Undangan Ratu Inggeris?Baca!

Kenapa Ratu Sepanyol Tolak Undangan Ratu Inggeris?Baca!

Loading...
                                                                         Ratu Sofia

Sengketa wilayah Gibraltar antara Inggeris dan Sepanyol berakhir pada hubungan yang tidak harmoni antara ratu kedua-dua negara. Sebagai bentuk protes tuntutan Inggeris di perairan tersebut, Ratu Sofia dari Sepanyol menolak jemputan jamuan makan malam dari Ratu Inggeris Elizabeth.

     Diberitakan BBC , Khamis 17 Mei 2012, keputusan Ratu Sofia untuk tidak menghadiri makan malam peringatan Diamond Jubilee atau 60 tahun bertahtanya Ratu Elizabeth di Inggeris kerana ketegangan terbaru di wilayah selatan Sepanyol tersebut. Jurucakap Istana Sepanyol mengatakan, tidak sesuai jika Ratu turut serta dalam acara tersebut, sementara martabat bangsa tengah dipertaruhkan.

   Ketegangan belakangan muncul kerana rencana putra Elizabeth, Prince Edward dan isterinya Sophie, melawat Gibraltar pada 11-13 Jun untuk memperingati Diamond Jubilee. Sengketa kedua-dua negara di wilayah ini telah bermula sejak abad ke 17. Sepanyol secara rasmi menyerahkan Gibraltar pada kerajaan Inggeris pada tahun 1713, setelah perang pada 1704.

     Beberapa tahun kemudian, Sepanyol beberapa kali berusaha merebut wilayah ini dengan menghantar pasukan.

     Sebelumnya, Ratu Sofia juga pernah menolak jemputan perkahwinan Putera Charles dan Diana pada 1981. Alasannya, pasangan tersebut merancang bulan madu ke Gibraltar. Pada perayaan Diamond Jubilee tahun ini, rencananya Inggeris akan mengundang band terkenal dari Gibraltar. Hal ini menambah berang pemerintahan Sepanyol. (Np)

Catat Ulasan

0 Ulasan