Loading...
Sihir merupakan perbuatan jin dan syaitan, juga daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain yang kebanyakannya disebabkan oleh perasaan hasad dengki, cemburu, iri hati dan yang sewaktu dengannya.
Golongan ini akan berjumpa dengan tukang sihir atau biasa dikenali sebagai bomoh/pawang yang mana mereka akan menggunakan khidmat jin/syaitan sebagai pengantara. Biasanya khidmat jin/syaitan ini adalah bersyarat sebelum 'mereka' melakukan 'tugas mereka'.
Contoh: Jin/syaitan akan mengarahkan tukang sihir kencing pada Al-Quran sebelum 'mereka' mahu menjalankan 'tugas'.
Berikut merupakan antara cara-cara untuk mengenali seorang tukang sihir yang dikongsikan oleh Dato' Dr. Ustazah Fatma El-Zahraa dalam kelas beliau. Juga tanda-tanda seseorang terkena sihir.
Cara Untuk Mengenali Tukang Sihir;
Tukang sihir akan meminta beberapa barangan seperti gambar, songkok, kain pelikat/batik, asam limau, telur dan juga tarikh lahir anda.
Mereka akan meminta binatang 'pelik' seperti ayam hitam, kambing putih dsb.
Mereka membaca Al-Quran in a funny way, sangat laju dan tidak jelas. Sebenarnya mereka sedang mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan memasukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca.
Penampilan fizikal mereka yang kotor, kuku kotor dengan pakaian yang berbau busuk. Tidak langsung menggambarkan seseorang yang mengamalkan ajaran Islam.
Wallahua'lam...
lunalanun.blogspot.com
- SIHIR Part 2 - Antara Tanda-tanda Terkena Sihir
- SIHIR Part 3 - Cara Menghindari Sihir
- SIHIR Part 4 - Rawatan Untuk Orang Yang Terkena Sihir
Baca selanjutnya di sini: http://lunalanun.blogspot.com/2011/08/sihir-part-1-cara-untuk-mengenali.html#ixzz1uTOq6Hxj
0 Ulasan
jerit kat sini