Azmin...SiTanggang Alaf Baru!

Azmin...SiTanggang Alaf Baru!

Loading...

Kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.

Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,”

KUALA LUMPUR - Pintu rumah Che Tom Yahaya di Kampung Klang Gate Baru, Setapak, di sini belum tertutup buat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Che Tom, 78, berkata, dia masih mengharapkan anaknya itu pulang semula ke pangkuan keluarga, untuk menautkan kembali hubungan yang sudah terjurang antara Azmin dengan adiknya, Umi Hafilda.

“Saya dan abahnya (Allahyarham Ali Omar) sudah berikan dia didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam, budi bahasa.

“Sebagai ibu, saya sayangkan dia dan harap dia berubah," katanya dalam rakaman temu bual disiarkan Buletin Utama TV3 malam tadi.

Dalam nada sebak tetapi tegas menerusi slot kira-kira tiga minit itu, Che Tom berkata, ada dua perkara yang perlu dilakukan Azmin untuk kembali semula ke pangkuannya.

“Yang pertama, dia perlu bertaubat kepada ALLAH. Kedua, tinggalkan kumpulan itu (PKR). Ramai kawan-kawan dia yang sudah tinggalkan (PKR)," katanya.

Menurutnya, dengan didikan yang sempurna, dia sama sekali tidak menyangka Azmin boleh berubah sikap setelah dewasa dan mempunyai kedudukan.

Che Tom mengakui, hatinya luluh mengenangkan tindak-tanduk Azmin yang seperti sudah berpatah arang dengan keluarga.

Difahamkan, kali terakhir Azmin pulang ke rumah itu pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Namun pada hari yang sama juga, dikatakan telah berlaku pertelingkahan serius Ahli Parlimen Gombak itu dengan Umi Hafilda.

Sejak itu, Azmin dikatakan tidak pernah lagi menjenguk ibunya.

Bagi Che Tom, jika semasa hidup ini pun anaknya itu tidak menziarah, tiada apa lagi yang boleh diharapkan setelah dia (Che Tom) tidak ada lagi di dunia ini.

“Saya tak boleh harap dia pulang menziarah lagi selepas ini, jika sekarang pun dia tak mahu balik menjenguk ibunya,” kata wanita itu dengan nada sayu.

p/s  sayunya hati seorang ibu bila mempunyai anak sedemikian....nauzubillahiminzalik

Catat Ulasan

0 Ulasan