Loading...
NEW YORK - Seorang pelanggan restoran T.G.I Friday di sini Jack Pendleton mendakwa dia tergamam apabila melihat kepala seekor ular dalam hidangan brokoli yang dipesannya, lapor sebuah akhbar .
Pendleton memberitahu sebuah akhbar Amerika Syarikat (AS) dia terlihat satu benda berwarna kelabu dalam sayurannya ketika makan di restoran itu di bandar Clifton Park bersama teman wanitanya.
Dia kemudian menyedari benda asing itu ialah kepala seekor ular sebesar ibu jarinya dengan sebahagian tulang belakang haiwan tersebut masih melekat pada organ berkenaan.
Pendleton berkata, dia merakam gambar kepala ular itu dengan telefon bimbit berkamera dan memanggil pelayan untuk membuat aduan tentang kejadian tersebut.
Bagaimanapun, lelaki itu memeranjatkan banyak pihak kerana menyatakan dia tidak merancang menyaman rangkaian restoran popular AS itu.
Sebaliknya, lelaki itu menyatakan dia berpuas hati kerana restoran tersebut tidak mengenakan apa-apa bayaran terhadapnya.
Seorang jurucakap restoran itu berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan berkenaan dan setakat ini jenis ular tersebut masih belum dapat dipastikan.
GAMBAR menunjukkan kepala ular yang dihidangkan di restoran T.G.I Friday di New York.
1 Ulasan
memang trauma nak makan brokoli la lepas tu ea..huhu..geli
BalasPadamjerit kat sini