Aksi seks...dot..dot...dot....: “Sebiji macam dia!”

Aksi seks...dot..dot...dot....: “Sebiji macam dia!”

Loading...
Aksi seks: “Sebiji macam dia!”

Setakat pagi semalam, saya belum dapat gambar @ video lucah terkini yang disebarkan di internet Isnin lalu. Kalau ada peluang teringin juga melihatnya, lebih-lebih lagi apabila beberapa orang teman berkata: “Betul-betul sebiji macam dia, jelas dan nyata!”

Kira-kira setahun dulu, semua yang menonton satu video lucah berkata serupa: Sebiji macam dia! Adegan seks tahun lalu itu didedahkan kepada beberapa orang wartawan kanan – tidak termasuk saya – di sebuah hotel mewah KL, oleh kumpulan yang menggelar diri sebagai ‘Datuk T’.

Ada pun ‘sebiji macam dia’ dalam video berkenaan merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Konon wajah, bentuk tubuh, terutama bahagian perut, gaya berjalan, semua sebiji menyerupai Ketua Pembangkang itu.

Tetapi pemimpin PKR itu menegaskan dia bukanlah orang dalam adegan ranjang berkenaan. Beliau menganggap apa yang didedahkan oleh geng Datuk T, kemudian tersebar di seluruh alam maya itu, adalah satu fitnah, dan permainan politik paling jijik.

Perihal watak ‘sebiji macam dia’ dalam gambar lucah terkini yang menjadi tajuk utama akhbar dan blog sehari dua ini, dikatakan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki bersama seorang wanita sedang melakukan sesuatu – istilah orang sekarang ‘buat projek’ – dalam tandas.

Saya tidak berani menceritakan secara terperinci mengenai adegan tersebut, takut nanti ada kawan-kawan yang naik semangat. Tengoklah sendiri apa yang disiarkan akhbar semalam, atau bukalah blog untuk pemandangan yang lebih jelas.

Walaupun ramai kata ‘sebiji macam dia’, yang empunya diri menegaskan ini sebagai kerja jahat parti lawan: “Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ia adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Oleh sebab belum melihat yang ‘ori’ saya tidak mahu mengesahkan siapakah hero dan heroin adegan dalam tandas itu. Dia orang kata, wajah dan baju yang dipakai memang macam pemimpin PKR itu.

Tetapi di tempat kita, yang serupa itu tidak semestinya orang itu. Belum lama dulu, ada video mengenai adegan bercakap dalam telefon oleh seorang individu terkenal. Semua yang menonton, dan mendengar suara, mengesahkan itulah orangnya. Tetapi, orang yang dituduh
itu berkata: “Nampak macam saya, bunyi macam saya, tetapi bukan saya!” (Looks like me, sounds like me, but not me!).

Seperti dalam kes-kes adegan seks sebelum ini, individu yang didakwa dalam video atau gambar yang mengaibkan itu menegaskan wajah lelaki asal dalam adegan tersebut telah ditukar menjadi wajah mereka. Dalam kecanggihan teknologi masa kini, hal ini mungkin boleh dilakukan. Tetapi, mungkin juga tidak boleh dilakukan.

Apa pun satu perkara yang jelas ialah edaran gambar dan video lucah seperti ini sudah menjadi semakin lumrah dalam kalangan orang politik kita. Setakat ini, termasuk Azmin, sudah ada tiga pemimpin politik yang video lucah mereka disebarkan kepada umum.

Hanya seorang yang berani tampil ke hadapan, dan membuat pengakuan ikhlas kepada media: “Sayalah orangnya!” Itulah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA, juga bekas Menteri Kesihatan, yang VCD lucahnya disebarkan oleh musuh politik beliau. Atas keberanian dan keikhlasan itu, saya tabik pada Dr Chua. Wa caya lu!

Ada beberapa perkara yang boleh kita renungkan mengenai kecenderungan menyebarkan gambar dan video biru ini:

Pertama, sesetengah orang kita macam tidak ada kerja lain, 24 jam asyik mengintai pasangan yang sedang ‘buat projek’. Bagi mereka menangkap gambar atau merakamkan pasangan sedang asyik berjimak, adalah satu kejayaan yang patut dibanggakan.

Ketika orang lain sibuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang yang boleh memajukan ekonomi diri, orang kita meningkatkan kemahiran mengintai @ ‘mat skodeng’. Mungkin mereka dibayar lumayan untuk kerja kotor ini.

Kedua, ini peringatan untuk semua, termasuk saya: Berhati-hati ketika masuk ke tandas awam, juga tandas di rumah sendiri, sebab ada kemungkinan kamera rahsia dipasang di situ. Walaupun hanya membuang air kecil, perlakuan anda mungkin dirakamkan.

Satu hari nanti pasti anda terkejut apabila wajah terpampang di Youtube sedang memegang barang peribadi anda. Bagi orang gila, merakam dan menonton barang pun satu keseronokan, lebih-lebih lagi barang antik.


p/s  tertarik dengan tulisan penulis..ABD JALIL ALI

Catat Ulasan

0 Ulasan