Loading...
Hhhmmm...ingat...tengok kasut je tauuu...
lain-lain jangan tengok...
Fazura
Khabarnya, inilah tumit tinggi terbaru milik pelakon jelita, Fazura yang suka sangat mengumpul stiletto mewah Christian Louboutin. Khabarnya juga, tumit tinggi yang dihiasi dengan manik kecil berwarna-warni itu merupakan edisi terhad. Bertuah sungguh Cik Fazura kita seorang ini.
Yuna
Yuna memang pandai menyepadankan persalinannya. Sepatu wedges beritma tribal atau puak etnik ini seakan sama dengan blazer sendat yang digayakannya. Kalau nak tahu, agak jauh Yuna pergi membelinya iaitu nun dari Amerika Syarikat.
Tiz Zaqyah
Alamak! Rasanya inilah baru sekali Detektif Stailista melihat Tiz Zaqyah menggayakan wedges atau kasut baji. Tak sedondon dengan persalinannya yang ceria dan feminin, Detektif Stailista rasa wedges Tiz Zaqyah agak kurang sesuai.
Ning Baizura
Selari dengan mood persalinanya yang ceria, Ning Baizura juga tidak melupakan penampilan kakinya yang juga perlu mendapatkan mood serupa. Lihat sajalah tumit tinggi pilihan Ning Baizura kali ini. Lebih cantik kerana Ning Baizura sempat mewarnakan kukunya.
Fouziah Gous
Tergamam Detektif Stailista kala melihat gaun rekaan WanPa yang disarungkan Fouziah Gous. Tapi lebih terlopong mulut Detektif Stailista bila melihat tumit tingginya yang cukup unik lagi feminin. Bukanlah rekaan dari pereka fesyen Eropah, tapi dibelinya ketika berkunjung ke kota Bangkok. Class kau Fouziah.
Fazura
Selain tampil dengan gaun merah jambu lembut rekaan Rizman Ruzaini, pelakon yang disebut-sebut sebagai ‘princess in the making’ ini telah menggayakan tumit tinggi mewah Christian Louboutin. Ingat ya, bukan semua selebriti mampu menyarungkan jenama mewah ini, kalau bukan Fazura.
Tasha Shilla & Fouziah Gous
Alamak apa sudah jadi? Nampaknya kedua-dua selebriti popular ini memilih tumit tinggi rona kelabu dari jenama Aldo ketika menghadiri malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 26. Tapi maaflah Fouziah Gous, nampaknya kesepadanan anda kali ini kurang menjadi. Tasha Shilla anda berjaya mengambil hari Detektif Stailista. Cayalah.
Ainul Aishah
Mentang-mentanglah tas tangan meraj jambu, maka tumit tinggi perlu merah jambu. Alamak kulit kaki Ainul Aishah tampak begitu kering. Malah Detektif Stailista perhatikan dia terlupa untuk mewarnakan kuku kainya. Takkan wajah saja perlu disolek, kakipun perlu mendapatkan penjagaan setimpal.
Aishah Sinclair
Personaliti TV, Aishah Sinclair nampaknya memilih jalan selamat dengan menggayakan tumit tinggi dari rona senada dengan gaun malamnya. Nasib baik Aishah sempat mewarnakan kuku kakinya dengan warna serupa. Cayalah.
Lisa Surihani
Kata ibu Lisa Surihani kepada Detektif Stailista, tumit tinggi warna perak setinggi lima inci dari jenama Aldo ini di beli Lisa semata-mata untuk FFM24. Azabnya memakai kasut ini hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi percayalah Lisa, tumit tinggi itu telah berjaya membuat mata Detektif Stailista terbeliak.
Neelofa
Tumit tinggi ini telah disarungkan Neelofa untuk dua acara yang berbeza. Itu yang Detektif Stailista nampak. Tapi yang tidak perasan? Hanya Neelofa saja tahu jawapannya. Walaupun ianya bukan dari jenama antarabangsa, tapi Detektif Stailista rasa rekaannya cukup menarik. Ditaburi batu Swarovski lagi you. Kau ada? Hanya Neelofa saja yang ada.
Nita
Tumit timggi emas ini adalah rekaan pereka muda, Amir Luqman. Kalau tak silap Detektif Stailista, tumit tinggi ini pernah dipakai oleh bebera orang selebriti sebelum ini. Ataupun pereka fesyen itu sendiri. Sekali sarung terus nampak vogue.
Krisdayanti
Sakit mata dibuatnya bila melihat kasut tumit tinggi Krisdayanti ini. Nasib baiklah Detektif Stailista sempat memakai cermin mata gelap. Kasut dari jenama mewah Mui Mui ini adalah salah satu kegemaran KD. Mungkin Dato’ Situ juga ada koleksi yang sama. Kawan baiklah katakan.
Dayang Nurfaizah
Amboi bersisik ular nampak? Entah ular jenis apa agaknya yang Dayang tangkap semata-mata untuk nampak cantik kala berjalan. Detektif Stailita suka dengan garisan merah yang tercerna pada tumit tinggi ini. Tapi adakah sesuai dengan kulit Dayang yang hitam-hitam si tampuk manggis?
http://www.murai.com.my/

0 Ulasan
jerit kat sini