Loading...
Hantu Dilelong RM6,585
GAMBAR menunjukkan dua botol yang didakwa mengandungi dua hantu.
WELLINGTON - Dua hantu yang masing-masing terperangkap di dalam dua botol kecil akhirnya dilelong secara talian oleh pemiliknya, Avie Woodbury di New Zealand pada harga NZ$2,830 (RM6,585).
Woodbury dari Christchurch di selatan New Zealand berkata, seorang pengusir hantu dari sebuah gereja berjaya menangkap dua entiti terbabit di rumahnya dan memasukkan mereka ke dalam botol kaca kecil mengandungi air suci.
Hasil penjualan hantu-hantu terbabit akan diserahkan kepada sebuah syarikat jualan bantuan elektronik untuk golongan yang berhenti rokok.
Penjualan itu telah disahkan oleh laman web lelongan Trademe semalam.
Laman tersebut menolak tawaran oleh seorang pembida palsu yang menyebabkan harga lelongan mencecah sehingga AS$5,000 (RM16,710).
Hantu itu dikatakan seorang lelaki tua bernama Les Graham yang meninggal dunia di rumahnya pada 1920-an dan seorang budak perempuan yang muncul mengganggu rumah itu selepas satu permainan memuja roh diadakan.
Woodbury berkata, hantu-hantu itu menyebabkan dia tidak dapat makan atau tidur selain mengganggu dengan memasak air panas, menyentuh belakang leher, bersuara dari bilik lain dan menghilangkan barangan sebelum muncul di tempat lain.
"Anjing di rumah menjadi 'gila' dan tidak mahu pergi ke bilik-bilik tertentu manakala anak perempuan saudara saya terpaksa duduk bersama saya selepas dia berkata pernah bercakap dengan seorang kanak-kanak perempuan." katanya..
p/s hantu apa dia nampak??aku tak nampak apa-apa pun...korang nampak??

0 Ulasan
jerit kat sini