Loading...
KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2012: Selepas juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani dan isterinya, Ekin menimang cahaya mata bernama Cahaya Malaika pada Februari lalu, portal murai.com.my dimaklumkan naib johan AF3, Felix turut sama sudah bergelar bapa.
Felix Agus, 30, yang berkahwin bersama Lydia Larius Gojih baru saja menimang cahaya mata pertama pada tanggal 13 April lalu yang mana ia jatuh pada hari Jumaat.
Menurut sumber, isteri Felix selamat melahirkan di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.
Pelantun lagu Warkah Berlagu Pilu ini berasa amat gembira dengan cahayamata sulungnya itu dengan menganggap ianya sebagai hadiah hari lahir paling bermakna buat dirinya.
Ianya kerana Felix baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-30 pada 3 April lepas.
Bagaimanapun, namanya masih belum diberikan kepada bayi lelaki secomel ibu bapanya itu.
Apapun, tahniah diucapkan kepada Felix dan diharap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan sempurna.
Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan di Pusat Kebudayaan Penampang, Sabah pada pada 17 September 2011.
Selepas berkenalan selama enam tahun bersama Lydia, barulah Felix melamarnya menjadi isteri.
Lydia merupakan penari Lembaga Kebudayaan Sabah dan Felix kini aktif sebagai penyampai radio di KKFM.

0 Ulasan
jerit kat sini