Loading...
Siti Nurhaliza Sudah Tak Endah
SUBANG JAYA, 2 APRIL 2012:Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akui cuba tidak mengambil endah terhadap gosip yang mendakwa suaminya, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa(Datuk K) akan berkahwin dengan pelakon Rozita Che Wan.
Siti Nurhaliza yang menafikan gosip itu sekeras-kerasnya berkata, dia kini lebih menjaga hati suaminya yang sedang tertekan dengan fitnah tersebut daripada perasaannya yang agak kecewa.
"Ini bukanlah kali pertama gosip ini disebarkan dan bila saya dengar lagi mengenai gosip ini saya tidak ada rasa untuk bertanyakan kepada suami. Jauh sekali untuk mencurigainya.
"Saya juga pelik dan geram, mengapa ada orang yang sanggup menabur fitnah ini sekali lagi.
"Terus-terang saya sendiri sudah seperti tiada perasaan apabila membacanya.
"Cuma sekarang, suami saya yang agak tertekan apabila ramai yang bertanyakan mengenai gosip ini kepadanya.
"Jadi saya bertindak sebagai penenangnya supaya dia tidak terlalu tertekan,"katanya selepas sidang media Majlis Hari Ibu di Hotel Dorset, Subang Jaya, petang tadi.
Pada Jumaat lalu, akbar Harian Metro telah melaporkan fitnah terbaru kononnya Rozita Che Wan hendak berkahwin dengan Datuk K.
Namun dalam laporan itu, Rozita telah menepis tuduhan tersebut selain menganggap ia bukan sesuatu yang remeh tetapi sangat mengaibkan.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza turut menolak dakwaan bahawa hubungannya dengan Rozita kini renggang disebabkan fitnah tersebut.
"Terus-terang saya tidak pernah rasa marah dengan Rozita, kerana saya tahu kenyataan dan kebenarannya yang gosip itu memang tidak betul sama sekali.
"Jadi tiada sebab untuk saya bermasam muka dengannya kerana dia pun antara mangsa fitnah ini.
"Lagipun saya tahu apa yang suami saya buat. Setiap hari dia akan pulang ke rumah selepas balik bekerja dan akan bersama dengan saya,"luahnya lagi.
Tambah penyanyi Biarlah Rahsia itu, jika dia berjaya jumpa dan mengetahui siapa sebenarnya orang yang menabur fitnah sudah tentu dia akan mengambil tindakan undang-undang.
"Saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya sendiri tidak dapat mencari siapa orang yang perlu bertanggungjawab.
"Hanya Tuhan sahaja yang tahu kesabaran saya selama ini. Apa yang saya mampu buat adalah dengan berdoa semoga dosanya diampunkan kerana dosa orang memfitnah dari dahsyat dari membunuh,"katanya yang mengakhiri perbualan.
Siti Nurhaliza yang menyambut ulang tahun ke-17 dalam industri hiburan tanah air pada 1 April lalu itu, bakal meraikan hari ibu dalam majlis Istimewa Hari Ibu...Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza, 13 Mei ini.

5 Ulasan
kesiannye siti dengan dato k..sabar jelah..
BalasPadamadat le tu..semua rumahtangga ada gelora pasang surutnya..tangani dgn baik,insyaallah
BalasPadamada je orang yang dengki dengan perkahwinan orang lain..
BalasPadamapa-apa pun..
semoga siti bahagia hingga ke anak cucu...
x pa ler siti, anggap asam garam rt jer... kalau ada baby pengikat kasih sayang rasanya Dato k x ke mana, so usaha tangga kejayaan kan...
BalasPadammacam-macam hal gosip retis ni.. mak dah tak kose nak amik tau tapi tetap baca jugak huhuhu
BalasPadamjerit kat sini