Loading...
BERMAIN judi sudah terang-terang dilarang oleh agama tetapi bagi seorang kakitangan kerajaan, Halim, berjudi pernah menjadi darah dagingnya selama lebih 20 tahun.
Sebelum menyertai sektor awam, Halim, 45, bekerja di sebuah kilang elektronik di Rawang, Selangor. Itu sahaja kerja yang dia boleh buat dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.
Kata Halim, gaji pekerja industri sepertinya tidak sebanyak mana.
“Saya cuma dibayar sekitar RM500 sebagai gaji pokok. Kalau rajin buat kerja lebih masa dapatlah lebih sedikit.
“Pendapatan itu terlalu rendah jika hendak dibandingkan dengan pelbagai kehendak seorang anak muda.
“Apatah lagi, pada masa itu saya mengidam untuk memiliki sebuah motosikal berharga RM5,000,” ujar Halim yang meminta penulis merahsiakan identitinya kerana malu jika pekungnya diketahui sanak saudara.
Apa yang menghairankan Halim ialah terdapat rakan sekerjanya yang sentiasa berduit walaupun gaji mereka sama dengan Halim. Setahu Halim mereka bukan anak orang kaya tetapi mampu memakai jam mahal bahkan membeli kereta.
Berhasil
“Padahal saya hendak makan pun berkira. Ikutkan hati gaji RM500 boleh dihabiskan dalam masa seminggu sahaja.
“Tetapi akhirnya saya tahu juga, rupa-rupanya mereka sering menang judi nombor ekor.
“Kadangkala mereka menang beberapa ratus ringgit dan ada masanya sehingga empat angka,” cerita Halim sambil membuat isyarat jari bagi menunjukkan tebalnya susunan wang kertas yang dimenangi rakannya itu.
Halim tergoda juga akhirnya. Meskipun terdapat banyak bentuk perjudian lain di negara ini seperti kasino dan sabung ayam secara haram, Halim memilih judi nombor ekor kerana ia mudah dan murah.
“Nombor ekor boleh dibeli pada harga serendah RM1 dan terdapat banyak kedai nombor ekor di negara ini. Lebih banyak anda beli lebih banyak untung yang akan diperoleh,” beritahu Halim yang selalu membeli nombor ekor di sebuah kedai di Rawang.
Malangnya, ketagih berjudi pernah menyebabkan Halim membelanjakan wang sebanyak RM2,000 sehari.
“Saya sanggup makan nasi berlaukkan telur setiap hari semata-mata ingin membeli nombor ekor. Malah, saya kerap meminta wang daripada ibu bapa di kampung dengan alasan tidak cukup wang perbelanjaan harian.
“Tetapi wang itu disalurkan untuk melakukan dosa tanpa rasa bersalah. Saya menjadi ketagih dan berharap nombor saya mengena setiap kali membelinya,” cerita Halim.
Katanya lagi, dia ada bermacam-macam cara untuk mendapatkan ilham nombor ekor yang diyakini boleh menang.
“Kemalangan kereta atau motosikal kerapkali dianggap membawa tuah. Saya lebih sibuk mengambil nombor plat kenderaan terbabit berbanding membantu mangsa yang mungkin cedera parah,” akui Halim.
Bomoh adalah satu lagi sumber ilham nombor ekor Halim. Dia tidak kisah membelanjakan wang yang banyak bagi mendapatkan khidmat bomoh ekor.
“Sedangkan kalau difikir-fikirkan, jika bomoh itu tahu nombor apa yang akan menang kenapa dia tidak membelinya sahaja? Bodoh sungguh saya,” ujarnya kesal.
Halim sedar bahawa perbuatannya itu dikutuk oleh agama malah kerja haram tidak pernah menguntungkan pelakunya. Walaupun sudah beribu kali dia membeli nombor ekor, hanya ratusan ringgit yang dimenanginya setakat ini. Namun, situasi itu belum cukup untuk menginsafkan Halim.
“Walaupun untung sedikit, saya tetap puas. Nama pun ketagih, jadi apa sahaja sanggup dilakukan termasuk meminjam wang daripada kawan-kawan untuk berjudi. Tetapi tidaklah saya sampai mencuri atau merompak,” katanya yang berkahwin pada tahun 1995.
Anak
Sebelum berumah tangga, Halim ada berjanji untuk membuang tabiat buruknya itu tetapi janji tinggal janji.
“Saya meminjam pula duit isteri untuk membeli nombor ekor bahkan barang kemasnya habis dijual. Duit mas kahwin juga digunakan sementara barangan elektronik rumah dijual bagi dijadikan modal berjudi,” beritahu Halim.
Bagaimanapun, sesuatu yang tidak terduga berlaku apabila kilang tempat Halim bekerja ditutup. Dia cuma memperoleh RM8,000 sebagai pampasan.
Sudah menjadi kebiasaan tahi judi, wang sebanyak itu boleh dihabiskan dalam masa sehari.
“Sebaik sahaja pulang ke rumah, isteri saya bertanyakan tentang wang pampasan itu. Saya menyatakan semuanya habis digunakan untuk berjudi.
“Isteri saya cukup sedih dan marah. Sudahlah dia sahaja yang menanggung kehidupan keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai pakaian dengan gaji tidak seberapa, suaminya pula tidak serik-serik,” katanya.
Oleh kerana tidak tahan dengan tabiat si suami, isteri Halim meminta cerai. Selepas bercerai, Halim dipinggirkan terus oleh keluarga bekas mertuanya, begitu juga keluarganya sendiri. Hidupnya kucar-kacir selepas itu.
Halim juga kerap ditangkap pihak berkuasa agama semasa leka berjudi daun terup bersama rakan-rakannya.
“Pengawai agama itu sering memberi nasihat kepada saya. Setelah lebih 20 tahun menjadi tahi judi, baru sekarang saya sedar kesilapan saya.
“Apa yang saya kejar tak dapat malah saya kehilangan isteri manakala dua anak saya sampaikan tidak mahu mengaku saya bapa mereka,” tutur Halim yang baru sahaja diterima bekerja sebagai pemandu di sebuah jabatan kerajaan.
Katanya, usianya juga semakin lanjut sementara kematian dan hari pembalasan semakin hampir.
“Hidup di dunia ini cuma satu persinggahan. Apalah nasib saya kelak, adakah taubat saya diterima Allah?” kata Halim termangu.
p/s biar apa pun ibubapa kita,sejahat mana pun mereka..hakikatnya mereka adalah orang tua kita.
Jangan sesekali jadi anak derhaka,tanpa mereka ,tiadalah kita didunia ini.

1 Ulasan
desakan hidup skang ni buatkan orang tak kisah pon cara cari duit camne.sume benda mahal.nak harap gaji pon berapa la sangat.tapi parents tetap parents kan.walau seteruk mana pon ibu bapa kita,tanpa mereka kita tak lahir ke dunia ni.
BalasPadamjerit kat sini