Loading...
Bukan dua atau tiga insan yang kita pernah jumpa atau tahu mereka memiliki keistimewaan dikurniakan enam jari. Apakah penjelasan dari segi sains?
Pakar Ortopedik Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Izan Ibrahim menjelaskannya dari sudut saintifik.
"Manusia yang mempunyai enam jari boleh disebabkan keturunan atau tanpa sebab yang khusus. Ia juga disebabkan genetik seseorang. Genetik mengawal dan mengubah fungsi asal seseorang. Mungkin disebabkan genetiknya berubah, kejadian seumpama ini (enam jari) berlaku," jelasnya.
Dr. Izan memberitahu, kekerapan insiden itu berlaku kepada individu berkulit gelap manakala bagi mereka yang berkulit cerah, mereka jarang mewarisinya. Dalam 500 kelahiran, satu kelahiran pasti mewarisi genetik tersebut.
"Penyakit ini diberi nama polidaktili, sindaktili dan polisindaktili. Ia bergantung kepada jenis-jenis ketumbuhan jari sama ada ia melekat, tidak melekat, berada di sebelah ibu jari, di tengah ataupun berada di sebelah jari kelingking," katanya
Selain itu, Dr. Trisha Macnair yang dipetik daripada laman sesawang BBC Health berkata, sesetengah individu mungkin mengalami masalah untuk memakai kasut.Pakar Ortopedik Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Izan Ibrahim menjelaskannya dari sudut saintifik.
"Manusia yang mempunyai enam jari boleh disebabkan keturunan atau tanpa sebab yang khusus. Ia juga disebabkan genetik seseorang. Genetik mengawal dan mengubah fungsi asal seseorang. Mungkin disebabkan genetiknya berubah, kejadian seumpama ini (enam jari) berlaku," jelasnya.
Dr. Izan memberitahu, kekerapan insiden itu berlaku kepada individu berkulit gelap manakala bagi mereka yang berkulit cerah, mereka jarang mewarisinya. Dalam 500 kelahiran, satu kelahiran pasti mewarisi genetik tersebut.
"Penyakit ini diberi nama polidaktili, sindaktili dan polisindaktili. Ia bergantung kepada jenis-jenis ketumbuhan jari sama ada ia melekat, tidak melekat, berada di sebelah ibu jari, di tengah ataupun berada di sebelah jari kelingking," katanya
KUCING milik Abdul Rahim yang mempunyai enam jari.
Untuk mendapatkan penjelasan, penulis bertanyakan lelaki yang juga pemilik kucing-kucing berkaki enam tersebut iaitu Abdul Rahim.
"Semuanya berlaku secara kebetulan. Seekor kucing datang ke rumah saya dalam keadaan sakit. Pada mulanya, saya tidak menghiraukan kucing tersebut memandangkan saya sendiri tidak menggemari kucing. Namun, apabila saya melihat kucing tersebut berjari enam sama seperti saya, timbul perasaan belas kasihan," serita Abdul Rahim ketika ditemui di rumahnya di Taman Batu 30, Ulu Yam, Selangor.
Yang anehnya, ceritanya lagi, selepas kucing tersebut melahirkan anak, semua anak-anaknya berjari enam.
Adakah kejadian jari enam itu ada kena mengena dengan genetik? Menurut anak sulung daripada tujuh beradik itu, adik-beradiknya tidak dikurniakan enam jari seperti dirinya
"Jika lebihan jari pada kaki boleh menimbulkan masalah untuk memakai kasut, mungkin dengan membuangnya, ia satu keperluan," jelasnya.
Jelas Trisha, polidaktili boleh terjadi dalam lima bagi setiap 10,000 kelahiran. Ia boleh diwarisi jika kedua-dua ibu bapa mempunyainya dan ada kemungkinan satu atau dua anak akan mewarisi genetik tersebut. Namun, ia juga boleh berlaku secara rambang.
" Sekiranya anak anda tidak mempunyai masalah dengan lebihan jari, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hakikatnya perkembangan fizikal mahupun mental mereka adalah normal," jelas Trisha dalam laman sesawang tersebut.
Pada awal Januari lalu, seorang bayi lelaki yang dinamakan Kamani Hubbard dilahirkan dengan lebihan jari di tangan dan kakinya. Bayi yang dilahirkan di Hospital St. Luke itu dikategorikan sebagai polidaktili.
Dalam kes Kamani, kesemua jarinya terbentuk sempurna dan berfungsi secara normal. Menurut ibu bapa bayi tersebut, tiada siapa yang sedar dengan lebihan jari di tangan dan kakinya sehinggalah selepas beberapa minit dia dilahirkan.
"Saya sangat teruja apabila melihat bayi saya mempunyai jari tambahan di tangan dan kakinya. Apapun, saya menganggap ia sesuatu yang unik," ujar bapa bayi tersebut Kris Hubbard yang mengakui keluarganya mempunyai enam jari.
Oleh kerana semua jari tangan dan kaki anaknya berfungsi dengan baik, Hubbard tidak bercadang untuk melakukan sebarang pembedahan membuang lebihan jari-jari tersebut.
5 Ulasan
Nice entry
BalasPadamJejak sini harap sudi balas :D
polidaktili... polidaktili.. aehh.. first time dgr name ni.. huhu. teruja pun ada juga. haha. polidaktili.. hehe.. bukan sejenis pnyakit kan?
BalasPadamsepupu ada sorg mcm nie, dia memg budak yg genius!
BalasPadam@ciksukaberangan
BalasPadamhaha...sebutan tu lain macam je bunyi...hadoyyy
jari enam x de masalah pe2 kot..
BalasPadamjerit kat sini