Psstt..Gossip Sket..Bekas Isteri Najib VS Bekas Suami Rosmah...Siapa?

Psstt..Gossip Sket..Bekas Isteri Najib VS Bekas Suami Rosmah...Siapa?

Loading...
Semua orang tahu Datin Rosmah ialah isteri kedua DS Najib. Bekas isteri PM Malaysia, Dato Seri Najib ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin?


Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah beliau dengan Najib mungkin masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib.


Dahulunya ketika beliau masih menjadi isteri Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.


Mungkin ada juga yang tak tahu, bekas suami Datin Rosmah Mansor ialah Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 RTM1. Antara anak perempuan Datin Rosmah Mansor dan Farid Ismeth ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Dr Fazley.

Anda percaya entry tersebut?Untuk pengetahuan pembaca..nama penuh isteri Dr Fazley ialah Azrene Soraya binti Abd Aziz so macamana ayahnya adalah Farith Isthmeth Emir..
kadang-kadang internet ni banyak yang infonya salah...jangan percaya bulat-bulat apa yang anda baca...
Sekian..



saya baca dari
Sumber: Cina Islam

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. serius baru tahu siapa ex rosmah... mmmmmm

    BalasPadam
  2. Dalam hadis Nabi yang diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Rasulullah SAW pernah naik mimbar kemudian menyeru dengan suara yang keras:
    "Hai semua orang yang telah menyatakan beriman dengan lidahnya tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang-orang Islam dan jangan kamu menyelidiki cacat-cacat mereka. Sebab barangsiapa menyelidiki cacat saudara muslim, maka Allah pun akan menyelidiki cacatnya sendiri; dan barangsiapa yang oleh Allah diselidiki cacatnya, maka Ia akan nampakkan kehidupan dalam perjalanan yang jauh." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah
    Manusia tiada yg sempurna, masing2 ada aib tersendiri,janji Allah jika kita buka aib org, Allah yg akan buka aib kita...Nau'zubillahminzolik.

    BalasPadam
  3. bekas bini najib tak kenal la tapi memang tau pasal farid ismeth tu.tapi yang anak diorang kawen ngan fazley pon tak tau.hehehe

    BalasPadam
  4. Kakak mengikuti Malaysiakini.com sebab itu kisah kehidupan mereka banyak kakak ketahui dari sini. Tidak kurang Malaysia Today pun banyak memapar kisah mereka...

    BalasPadam
  5. @Kakzakie
    betul kk zakie,saya juga baca malaysiakini.com,malaysia todak tu kadang2 baca,kadang2 terlepas...saya rasa ini bukannya membuka aib sesiapa,sekadar berkongsi siapa ahli2 keluarga pemimpin kita,nak tahu juga kan..mereka juga orang terpenting,dan kita sebagai rakyat..sedikit sebanyak amat menghargai mereka...sekurang2nya kita tahu...hhmm..mereka juga kira mcm selebriti...
    kalau tak kerana sumber tersebut,sampai akhir pun saya tak tahu siapa sebenarnya isteri Dr.Fazley...
    suka lihat kemesraan yang ditonjolkan Dr.Fazley,isteri dan anak2nya...itu saja..
    kalau ada melihatnya dari sudut lain..itu terpulang kpd hak individu masing2...janji entry saya tak de umpat keji,takde maki-maki..

    BalasPadam
  6. lorrrr....melopong sekejap kak tie, Mama baca citer ni..yg mama tau najib mmg kawin lepa bercerai dgn zainah tu je... yg lain2 tu sumpah mama tak tahu... Betul bukan nak buka aib, tak de aib pun...cuma kita nak tunjukkan betapa keciknya dunia nih...

    BalasPadam
  7. dh dengar lama dh huhu betui ke idak xtau

    BalasPadam
  8. dah lama tau...siapa keje kerajaan sure tau..heheh

    BalasPadam
  9. tau sedikit rahsia Rosmah + x wife najib.. Biarkanlah mereka.. sudah ketentuan Allah SWT..

    BalasPadam
  10. memang tahu...rosmah isteri kepada pengacara tue..

    BalasPadam
  11. @Anita Salleh

    'Nau'zubillahminzolik'? Kalau baca tulisan rumi ni mmg dah salah bunyinya. Tulis bior bebetul (lebih elok kalau guna tulisan Arab)

    Na'uzubillahi minzalik

    BalasPadam
  12. Salam, Pak Ngah @ Farid Ismeth Emir pernah diwawancara, beliau jadi mangsa fitnah & mengaku tidak pernah kahwin dengan Rosmah, boleh cari dalam Youtube, sama-sama kita jauhi sifat dengki & fitnah

    BalasPadam
  13. @Nurul Huda
    betul tu..silap fakta ni..kalau x silap akak bekas suami Rosmah bekas seorang tentera berpangkat panglima

    BalasPadam

jerit kat sini