Pilu Hati Tak Terkata,Seandainya Saya Ditempat Ibu Ini

Pilu Hati Tak Terkata,Seandainya Saya Ditempat Ibu Ini

Loading...
KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.

“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.
BANTU...pegawai JKM dan kakitangan hotel mengangkat Faridah untuk dibawa masuk ke dalam van, semalam.


“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.

PILU...Faridah tidak dapat menahan kesedihan.

“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.


Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel.

p/s  Aduhai anak...sekali kamu berbuat demikian,tak terpikirkah kamu bahawa suatu hari nanti andainya kamu sendiri mempunyai anak maka tidak mustahil anak kamu akan berbuat hal yang sama malah 10 kali ganda lagi dari apa yang kamu perbuatkan...
Ingat..Allah sekarang bayar CASH!!

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. hmmm.. walaupun ada alasannya.. jangan lah tinggal macam tu.. sian makcik tu..

    BalasPadam
  2. anaknya sakit... sebab tu tak dapat jenguk ibunya.. yang tersurat, apa yang kita nampak.. Ibu ditinggalkan
    Yang tersirat .. Perkara yang tidak tahu disebaliknya..

    BalasPadam

jerit kat sini