Sawi aneh berwarna putih bersih ditemui!

Sawi aneh berwarna putih bersih ditemui!

Loading...
ALOR GAJAH - Keunikan sebatang sawi berwarna putih bersih di celahan sawi hijau menimbulkan persoalan kepada warga Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Se­bang yang memiliki beberapa kawasan tanaman sayur dan buah.

Kewujudan sawi putih yang ketara warnanya itu disedari guru besar sekolah berkenaan, Mohamad Abd Hamid, kira-kira seminggu lalu namun mengandaikan sawi itu akan kembali kepada warna asal apabila besar dan sedia dipetik.

“Setiap pagi saya sendiri akan menyiram semua tanaman yang diusahakan ini dan menyedari kewujudan sawi berwarna putih masih baru itu hendak mengeluarkan daunnya walaupun yang lain-lain berwarna hijau.

“Saya tidak hiraukan dan tidak memaklumkan kepada sesiapa kerana merasakan ia perkara biasa dan akan kembali kepada warna asal apabila besar, namun masih tiada perubahan.

“Hingga hari ini (semalam) saya perhatikan sawi ini benar-benar membesar dengan warna putih di tengah-tengah sawi hijau lain membuatkan saya rasa sedikit aneh walaupun ia tidak mustahil kerana ALLAH SWT itu Maha Berkuasa,” katanya.

Beliau yang mengusahakan tanaman sayur-sayu­ran di sekolah itu sejak 2007 serta dibantu tukang kebun sekolah turut menanam sayuran lain seperti kacang panjang dan petola.

“Selain itu, saya juga mengusahakan tanaman buah-buahan yang mana hasilnya akan dijual kepada guru dan dimasukkan ke dalam tabung sekolah.

“Sepanjang empat tahun mengusahakan tanaman berkenaan, ini kali pertama saya melihat perbezaan yang berlaku pada tanaman di sini. Secara saintifiknya berkemungkinan ada faktor yang menyebabkan daun sawi itu berwarna putih,” katanya.

Menurutnya, beliau bersyukur dengan kewujudan sawi berwarna putih itu dan tidak menyifatkan ia sebagai pembawa tuah kepada sekolah berkenaan.

“Saya tidak akan memetik sayur itu walau apa pun pengakhirannya sama ada hidup atau sebaliknya,” katanya.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Dimana download secara gratis XRumer 7.0.10 ELITE??
    Beri aku URL silakan!
    Ini adalah program terbaik untuk massa posting di forum ! XRumer dapat mematahkan sebagian besar jenis captchas !

    BalasPadam

jerit kat sini