Loading...
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa hidupnya kini diekori oleh ‘paparazi SiJambu’ yang diupah pihak tertentu untuk mengintip dan mengorek rahsia bagi merosakkan reputasi politik beliau.
Beliau berkata, perkara itu terbongkar semasa membuat lawatan ke Perak selepas pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu.
Kata Shahrizat, beliau dimaklumkan ada seorang 'paparazi muda' dan dengan perwatakan lembut mengikuti pergerakannya untuk mengetahui apa yang dilakukan setiap masa.
"Si Jambu itu berjaya ditangkap dan selepas menyoalnya, dia memberitahu diberi upah oleh Rafizi dan Zuraidah yang selama ini beria-ria menyerang saya. Matlamat dia mengupah Si Jambu, untuk mencari kesalahan saya.
"Orang berkenaan akan dihebahkan kepada semua orang. Saya telah beritahu kepada Si Jambu, adakah dia hendak ganti jawatan sebagai Ketua Wanita Umno? Kalau dia mahu, saya akan serahkan padanya, tetapi masalahnya, dia lelaki," katanya pada sidang media selepas melawat 11 bayi yang baru lahir di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.
Ditanya Si Jambu itu diupah oleh siapa, Shahrizat berkata, pergi tanyalah PKR terutama, Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.
Kedua-dua mereka sebelum ini telah menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan.
Malah menurut Shahrizat, ‘paparazi Sijambu’ akhirnya terbongkar dan mendedahkan mengenai apa yang dilakukannya sebelum ini serta setiap langkah beliau, akan dijadikan modal politik.
2 Ulasan
dia ni radikal sangat kak.. hahhahah
BalasPadampapa gomo? oh nooooo.... hahaha...
BalasPadamjerit kat sini