Loading...
Dalam sebuah ayat, kita diberitahu bahawa gunung-gunung tidaklah diam sebagaimana yang tampak, akan tetapi mereka terus-menerus bergerak.
"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Quran, 27:88)
Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat mereka berada. Kerak bumi ini seperti mengapung di atas lapisan magma yang lebih rapat. Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang saintis Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua pada permukaan bumi menyatu pada masa-masa awal bumi, namun kemudian bergeser ke arah yang berbeza-beza sehingga terpisah ketika mereka bergerak menjauhi.
Para ahli geologi memahami kebenaran kenyataan Wegener baru pada tahun 1980, yakni 50 tahun selepas kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang terbit tahun 1915, kira-kira 500 juta tahun lalu seluruh tanah besar yang ada di permukaan bumi awalnya adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.
Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.
Benua-benua yang terbentuk menyusul terbelahnya Pangaea telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.
Pergerakan kerak Bumi ini ditemui selepas kajian geologi yang dilakukan di awal abad ke-20. Para saintis menjelaskan peristiwa ini sebagaimana berikut:
Kerak dan bahagian luar dari magma, dengan ketebalan kira-kira 100 km, terbahagi kepada lapisan-lapisan yang disebut plat. Terdapat enam plat utama, dan beberapa plat kecil. Menurut teori yang disebut plat tektonik, plat-plat ini bergerak pada permukaan bumi, membawa benua dan dasar lautan bersamanya. Pergerakan benua telah diukur dan berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. Lempengan-lempengan tersebut terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi secara perlahan. Setiap tahun, misalnya, Lautan Atlantic menjadi sedikit lebih luas. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 30)
Ada hal sangat penting yang perlu dikemukakan di sini: dalam ayat tersebut Allah telah menyebut tentang gerakan gunung sebagaimana mengapungnya perjalanan awan. (Kini, Ilmuwan modern juga menggunakan istilah "continental drift" atau "gerakan mengapung dari benua" untuk gerakan ini. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington DC, 1978, s.12-13)
Tidak dipersoalkan lagi, adalah salah satu kejaiban Al-Quran bahawa fakta ilmiah ini, yang baru-baru saja ditemui oleh para ahli sains, telah dinyatakan dalam Al-Quran.
http://saga-islamicnet.blogspot.com/2011/01/pergerakan-gunung-dalam-al-quran-bukti.html

1 Ulasan
http://bsyokonline.blogspot.com/ terdapat Cannel online ASTRO ARENA ,ASTRO CERIA, ASTRO OASIS ,ASTRO PRIMA ,ASTRO RIA ,AXN ,DOCUMENTARY TV ,E-KOREA ,FOX MOVIE, HBO ,MALAYSIA YOUTH Tv .NTV 7, RTM TV 1 ,RTM TV2 ,TV 3 ,TV 8, TV 9.and radio online
BalasPadamjerit kat sini