Fenomena Lukisan Yang Penghuninya Ghaib (The Hand Resist Him)

Fenomena Lukisan Yang Penghuninya Ghaib (The Hand Resist Him)

Loading...
Kononnya di dunia ini ada lukisan yang telah disumpah. Berita ini sudah tersebar ke seluruh dunia sejak dahulu, judul lukisannya 'The Hand Resist Him' (THRH). THRH atau yang juga dikenali sebagai eBay Haunted Painting adalah lukisan yang dilukis oleh Bill Stoneham pada tahun 1972, di lukisan ini, dia menggambarkan seorang anak kecil berdiri di depan sebuah pintu kaca bersama bonekanya, di pintunya banyak tangan yang menempel.

Menurut Bill, anak kecil di lukisan itu adalah dirinya saat berumur 5 tahun, pintunya merupakan pemisah antara dunia nyata dan dunia mimpi dan bonekanya sendiri sebagai pemandu yang mengawal kanak-kanak kecil itu. Sedangkan tangan-tangan yang menempel di pintu menggambarkan kehidupan lain.


Lukisan ini mulai jadi 'Urband legend' sejak di posting ke eBay pada Februari 2000. Lukisan ini pertama kali di pamerkan di Galeri Los Angeles tahun 1970-an, THRH akhirnya jatuh ke tangan pelakon John Marley, dia terkenal atas peranannya sebagai Jack Woltz dalam The Godfather. Setelah Marley meninggal, lukisan itu terus berpindah tangan di California, sampai akhirnya ditemui di tempat lelongan. THRH muncul di laman lelong eBay bulan Februari 2000. Menurut penjualnya, lukisan itu membawa kutukan/sumpahan.
Dia menyatakan kalau watak dalam lukisan itu bergerak di malam hari, dan kadang-kadang hilang dari lukisan itu ke dalam bahagian rumah yang ada di lukisan. Penjual yang namanya tidak diketahui ini juga memberitahu kalau watak boneka wanita mengancam watak laki-laki dengan benda yang dia pegang, ini membuat watak lelaki meninggalkan lukisan.

       Dia juga mengatakan kalau dia tidak bertanggung jawab atas apa yang terjadi pada pembeli THRH seterusnya. Berita ini menyebar cepat di internet, menurut orang yang sudah melihat lukisan ini, mereka merasa tidak selesa dan ketakutan setelah melihat lukisan ini. Di eBay sendiri lukisan ini dilihat sebanyak 30 ribu kali. Dengan tawaran awal hanya $ 199, THRH berjaya terjual $ 1,025. Pembelinya, seorang pemilik Galeri di Grand Rapids, Michigan, menghubungi Bill Stoneham berkaitan dengan horor di lukisan itu dan keterangan seram di eBay. Dia mengaku terkejut dengan semua cerita dan tafsiran aneh terhadap lukisan itu. Bill juga berkata kalau pemilik galeri di mana THRH dipamerkan pertama kali dan pengkritik yang mengkritik lukisan ini meninggal kurang dari 1 tahun selepas berkenalan dengan lukisan ini.

Bill juga membuat sekuel dari lukisan itu yang judulnya resistance at the Threshold, yang juga terlihat menyimpan misteri.

Di lukisan yang ini, anak laki-lakinya sudah dewasa, bonekanya juga sudah rosak. Belum ada laporan lagi apakah lukisan ini menghantui pemiliknya yang baru. Hal ini juga boleh saja cuma hoax yang sengaja dibuat agar lukisan ini laku denga harga yang mahal.

Berbicara tentang lukisan yang berpenghuni, baru-baru ini ada fenomena lukisan hidup yang tidak kalah seramnya, lihat saja lukisan di bawah ini.

Lukisan ini dibuat oleh seorang gadis di Jepun , konon, setelah dia menyelesaikan lukisan potret dirinya, lalu ia bunuh diri, katanya kalau kita lihat lukisan ini 5 minit maka gambarnya bakal berubah.Hhhmmm??

p/s believe it or not?

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Hmmm...
    Nak percaya susah.
    tak nak percaya pun susah juga..
    saya pernah mencuba untuk merenung lukisan gadis Jepun tersebut selama 5 minit.
    nasib baik tiada apa-apa berlaku.
    ianya terpulang kepada diri kita sendiri.
    sekiranya kita terlalu taksub atau takut, maka muncullah ia....

    BalasPadam
  2. tenung pic gadis jepun tu tade pape,cuma time tgk tu tetiba blackout .. sebab kat luar hujan lebatt .. hee

    BalasPadam
  3. time tengah tenung pic gadis jepun tu, tade pape pung berlaku,cuma time tengah tgk tu tetiba blackoutt .. sebab kat luaq hujan lebat n kilat smbung mnyambung .. errr ..

    BalasPadam

jerit kat sini