PTPTN Ada LINK Dengan CCRIS?

PTPTN Ada LINK Dengan CCRIS?

Loading...

Salah seorang pembaca telah menghantar e mail yang mendakwa sekarang ini PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dalam usaha PTPTN untuk link dengan CCRIS pada tahun ini. Betulkah begitu??

Kata pengirim email tersebut, antara sebab PTPTN bertindak begitu adalah :

PTPTN sekarang ini menanggung hutang yang cukup besar angkara peminjam yang tidak mahu membayar semula pinjaman mereka
Jikalau begitu gayanya memang ramai yang akan diistiharkan muflis kalau dah ada rekod dalam CCRIS. Siapa yang pernah ada masalah dengan CCRIS tahulah bagaimana sengsaranya hidup mereka :

Biro Kredit di Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan telah beroperasi sejak tahun 1982. Biro Kredit Bank Negara Malaysia, seperti biro kredit lain di seluruh dunia, pada amnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan kredit melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS).

Institusi kewangan menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan sama ada untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Bagi membantu institusi kewangan menilai dan membuat keputusan berkenaan permohonan kredit, institusi kewangan tersebut memerlukan maklumat terkini dan tepat mengenai bakal pelanggan mereka. Oleh itu, maklumat dalam laporan kredit boleh membantu institusi kewangan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan permohonan kredit.

Dan…sebenarnya, kalau diikutkan memang PTPTN tidak boleh berbuat sebegitu rupa. Akhirnya kami bertindak menelefon & bertanya sendiri hal ini kepada kalangan kakitangan PTPTN untuk bertanyakan hal ini dan jawapannya adalah seperti di bawah ini :

Setakat yang kakitangan PTPTN tersebut ketahui dan mengesahkan tiada lagi usaha ke arah itu dan sememangnya kalau ikut undang-undang PTPTN tidak boleh bagi maklumat kepada CCRIS, kerana PTPTN bakal disaman jika bertindak sebegitu rupa
Tetapi yang pastinya mana-mana peminjam PTPTN yang meninggalkan tunggakan, yang PTPTN merasakan agak tinggi & keterlaluan, bila-bila masa sahaja anda sebagai peminjam PTPTN akan dikenakan tindakan undang-undang dan disaman
Anda juga boleh disenaraihitamkan di pengkalan data jabatan Imegresen yang melarang anda keluar negara
Iklan terbaru khas untuk peminjam PTPTN telah pun dikeluarkan
Kepada peminjam-peminjam PTPTN, kini anda boleh semak status akaun anda ataupun menyemak baki akaun pinjaman PTPTN dengan cara yang lebih cepat dan mudah melalui SMS:

Semak Baki Pinjaman PTPTN :

PTPTN PINJAMNNOKPNOPIN
Contoh: PTPTN PINJAM 800512019989 123456 @ PTPTN PINJAM RF123456 987654

Hantarkan sms tersebut ke 33199

Semak Senarai Senarai Nama Yang Disenaraihitamkan (Blacklist) :

PTPTN LEGALNOKPNOPIN

Hantarkan sms tersebut ke 33199


sumber

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. sy salah sorang peminjam PTPTN dan still study degree..terima kasih atas info ini ye kak :)

    BalasPadam

jerit kat sini