Loading...
Adakah misteri tentang bunyi pelik yang seakan-akan dengkuran gergasi itu telah diselesaikan dan apakah sebenarnya bunyi yang mengganggu penduduk Kota Samarahan?
Misteri Dengkuran Gergasi Di Kota Samarahan Terjawab? | Insiden ‘bunyi pelik dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari 2012 lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Misteri Dengkuran Gergasi Di Kota Samarahan Terjawab? | Insiden ‘bunyi pelik dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari 2012 lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Mungkinkah wujud lubang gergasi seperti ini di Kota Samarahan?
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi pelik telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut. Sila rujuk di sini: The Borneo Post.
Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.
Projek Rahsia HAARP dan DARPA
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari. Yang pasti, bunyi pelik dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.
Ini vidoenya
sumber
4 Ulasan
http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2012/01/vote-for-dewisyifaindehouseblogspotcom.html
BalasPadamLyeen harap sangat-sangat u all berbesar hati dan meringankan jari-jemari anda untuk tekan butang "VOTE" tu..Okey..:)
Cuak aku tgok lubang besar gambar tu..ingatkan betul2 ada huhu..dah lama cerita ni, ada kemungkinan HAARP tetapi itu cuma andaian sj..mcm mn kalau betul bunyi itu dr langit dan bukan HAARP??
BalasPadam@Elih Japahar
BalasPadamsape2 yang dengar bunyi tu,memang menyeramkan...adakah bunyi itu sesuatu peringatan dariNYA?
Wallahuallam..
logik juga teori ni.huhuu
BalasPadamjerit kat sini