Bayi Misterius di India Penuh Luka Gigitan!

Bayi Misterius di India Penuh Luka Gigitan!

Loading...

Baru-baru ini India dihebohkan dengan khabar seorang bayi perempuan berusia dua tahun yang dilarikan ke sebuah rumah sakit di Delhi dalam keadaan yang menyedihkan. Hingga saat ini, identiti bayi dan orang tuanya masih terus ditelusuri. "Bayi itu kini menggunakan alat bantuan pernafasan dan keadaannya sangat teruk.

Dia sedang diperiksa secara intensif oleh para doktor," kata doktor MC Misra dari Pusat Trauma All India Institute of Medical Sciences, seperti diberitakan BBC, Jumaat 27 Januari 2012. Para doktor mengatakan, bayi yang dirawat sejak minggu lalu itu mengalami luka yang sangat serius. Di sekujur tubuh bayi malang itu terdapat bekas gigitan manusia.

Tangannya patah, dan setengah dari kepalanya mengalami luka-luka, dipercayai akibat pertembungan. "Bayi ini juga tiga kali mengalami serangan jantung, mempunyai luka bekas gigit di wajahnya, dan keadaan otaknya juga menyedihkan," tambah Misra. Ia dan pasukan doktor mengaku belum pernah menemui bayi dengan keadaan separah itu. Menurut Misra, bayi ini mempunyai kemungkinan 50 peratus untuk hidup.

Ia tak dapat membayangkan ada yang sanggup melakukan kekejaman seperti itu terhadap seorang bayi. Menurut News India, bayi ini dibawa ke rumah sakit minggu lalu oleh seorang gadis remaja 15 tahun yang mengaku ibu angkatnya. Gadis remaja yang ditahan polis ini mengaku memukul bayi itu kerana marah.

Dengan luka-luka yang parah, bayi itu hanya mempunyai peluang hidup 50 peratus.

p/s Bengong betul manusia yang buat ni...gggrrr


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. kalau ye pun mrh jgn lah smpai pul bayi.. bayi tu bukannya tahu pape

    BalasPadam
  2. bengong tul org yang gigit bayi tu. dah nama pun bayi. dia bukan pape pun.

    org cam tu patut cabut gigi dia semua baru dia tau. Allah bagi gigi bukan utk gigit org. bodoh tolol

    BalasPadam
  3. x ske dgr kes2 dera bayi nih...sedih!:(

    BalasPadam

jerit kat sini